Ismail Faruqi Digantung Selepas Terlibat Dalam Insiden Pergaduhan

Ismail Faruqi

Bekas pemain kebangsaan, Ismail Faruqi telah menerima hukuman keras dari Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) selepas melakukan tindakan luar kawalan Mei lalu.

Pada Mei lalu, Ismail yang menjadi jurulatih bagi pasukan Kuala Nerus telah terlibat dalam satu insiden pergaduhan ketika perlawanan akhir acara bola sepak bagi Sukan Negeri Terengganu (SUTERA) 2021.

 

SUTERA merupakan temasya sukan seakan Sukan Malaysia (SUKMA) untuk peringkat negeri Terengganu. Ianya ditandingi oleh daerah-daerah negeri tersebut.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh PBSNT itu, Ismail yang menjadi pengendali Kuala Nerus itu sedang berdepan dengan pasukan Marang bagi merebut gelaran juara acara tersebut.

Perlawanan tersebut dimenangi oleh Marang dengan jaringan 1-0.

Akan tetapi, kekecohan telah berlaku dan Ismail serta lima lagi individu didapati bersalah.

Selain Ismail, satu lagi nama yang biasa didengar dalam kalangan pengikut bola sepak Terengganu adalah Fakhrurazi Musa yang turut didapati bersalah.

Ismail dan Fakhrurazi menyertai empat individu lain yang bersalah iaitu:

  1. Tengku Alias Tengku Ibrahim (pengurus Kuala Nerus)
  2. Annuar Dollah (pengurus Kuala Nerus)
  3. Izuddin Muhamat (pemain Kuala Nerus)
  4. Fadil Jusoh (penyokong Kuala Nerus)

Kesemua enam individu ini akan digantung daripada sebarang aktiviti bola sepak di Terengganu untuk sementara waktu.

Mereka dilarang untuk menyertai sebarang aktiviti bola sepak secara langsung atau tidak langsung.

Keputusan ini dibuat selepas Jawatankuasa Tatatertib PBSNT bermesyuarat pada 17 Julai yang lalu.

Apa yang dilakukan oleh Ismail dan Fakhrurazi ini cukup memalukan memandangkan mereka memegang reputasi sebagai bekas pemain Liga Super – malah pernah mewakili Harimau Malaya.

Diharap tidak akan ada lagi insiden sebegini selepas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN