Ronaldo Beriya Mahu Ke Atletico Madrid Namun Mereka Tiada Duit

Crisitiano Ronaldo Atletico

Pemain Manchester United, Cristiano Ronaldo ketika ini mungkin sedang dalam usaha untuk meninggalkan kelab itu selepas The Red Devils terpaksa berpuas hati bermain di Europa League musim ini.

Pelbagai kelab besar dikaitkan dengan namanya. Namakan saja, Bayern Munich, Paris Saint-Germain dan Real Madrid semua terkait dengan beliau. Namun sayang, semuanya tidak berminat dengannya.

Ajkan tetapi, ada satu pasukan yang Ronaldo begitu ‘berselera’ untuk tuju iaitu musuh tradisi Real iaitu Atletico Madrid.

Atletico kini dikatakan sedang dikaitkan dengan Ronaldo dengan ketua pasukan Portugal itu bersedia untuk berpindah dan menyertai mereka.

Menurut laporan di Sepanyol, Ronaldo dikatakan begitu serius untuk pergi ke Atletico selepas menegaskan akan meninggalkan United walaupun ditegah oleh pengurusan kelab tersebut.

Sungguh pun begitu, United mungkin lebih rela menyaksikan Ronaldo berpindah ke Atletico berbanding berpindah ke Chelsea yang merupakan musuh langsung mereka di Premier League.

Chelsea yang sebelum ini turut dikaitkan dengan Ronaldo hampir saja mendapatkan pemain tersebut namun tidak ada sebarang usaha serius untuk memastikan perpindahan itu berjaya.

Tapi Atletico tak nak

Namun begitu, walaupun Ronaldo dilihat cukup mahu untuk ke Atletico, akan tetapi kelab itu terpaksa menolak kemungkinan akan bergabung dengan pemain itu.

Hal ini disebabkan faktor kewangan Atletico yang tidak begitu kuat untuk menampung perbelanjaan pemain tersebut yang pastinya besar.

Laporan dari MARCA mendapati yang Ronaldo tidak mampu untuk diraih oleh Atletico selepas mereka berasakan perbelanjaan besar yang bakal dikeluarkan hanya untuk pemain itu seorang akan merugikan kelab pada masa akan datang.

Pada hemat Atletico, mereka tidak mampu untuk membayar gaji yang bakal diterima Ronaldo serta yuran yang dimohon oleh United bagi memastikan pemain itu berpindah semula ke Sepanyol.

Jadi, secara tak langsung, Atletico juga mula mengundurkan diri sedikit demi sedikit daripada percubaan untuk mendapatkan pemain ini.

Adakah Ronaldo akan akhirnya terpaksa kekal di United? Atau ada juga kelab yang mahukan beliau? Kita nantikan saja.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN