Ismail Faruqi Dan Shukor Jusoh Sertai Terengganu FC II

2 pemain senior, Ismail Faruqi Ashaari dan Shukur Jusoh bakal memperkuatkan Terengganu FC II selepas pintu perpindahan kedua pemain Liga Malaysia (Liga M) dibuka.

Menurut laporan daripada Berita Harian, mereka akan mengisi kekosongan dua pemain muda TFCII iaitu Haidhir Suhaini dan Aliff Fitri Jefri yang diserap masuk ke pasukan ‘abang’ bersaing dalam Liga Super baru-baru ini.

Pengendali TFCII, Mustaffa Kamal Wahab mengesahkan kehadiran dua pemain itu dan menjelaskan kehadiran mereka sekurang-kurangnya mampu menambah kekuatan di posisi tengah pasukannya.

“Pertukaran ini sudah dibuat sebelum ini, namun memandangkan dua pemain ini, Ismail dan Shukur melepasi had umur, maka mereka perlu menunggu pintu perpindahan untuk melayakkan bermain dengan TFCII.

“Berbeza dengan Haidhir dan Aliff, mereka boleh bermain secara automatik tanpa perlu menunggu pintu perpindahan kedua dengan syarat mereka berusia 27 tahun ke bawah,” katanya.

Kredit: Terengganu FC, Facebook.

Ditanya sama ada berlaku pertukaran pemain import dalam TFCII, Mustaffa Kamal berkata, pihaknya menyerahkan kepada pengurusan untuk membuat keputusan.

Menurutnya, beliau tidak boleh membuat keputusan, namun apa yang boleh diperkatakan setakat ini masih belum berpuas hati dengan sumbangan bekas pemain import TFC, Lee Jun Hyeob.

“Selepas lima perlawanan bersama TFCII, saya melihat prestasi pemain dari Korea Selatan berusia 28 tahun itu masih belum memuaskan, malah tahap permainannya sama seperti pemain tempatan,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN