Apa Sudah Jadi? Selepas 34 Tahun Di Eredivisie, Bekas Juara FC, Twente Tersingkir

Tangisan kelihatan mengalir di wajah jurulatih interim Marino Pusic selepas beliau gagal untuk menyelamatkan pasukan yang dianggap istimewa dalam kancah bola sepak Belanda ini.

Embed from Getty Images

Pusic menggalas tugas penguus kurang 2 bulan menggantikan Verbeek yang dipecat sebelum ini.

Sejak beberapa minggu terakhir ini, penyokong mereka semakin hilang harapan dan hilang sabar ke atas para pemain mereka.

Pasukan ini boleh dikatakan Stoke City versi Belanda musim ini. Memiliki kualiti pemain yang baik dan bukan ‘material’ yang anda akan jangkakan akan tersingkir.

Melihat kepada pasukan mereka, anda boleh katakan pasukan ini sepatutnya mencabar kedudukan sekurang-kurangnya slot Europa. Masalah utama mereka adalah tumpul di depan gol.

Kesukaran musim 2017/18

Rene Hake menghadapi kesukaran untuk pada musim ini. Musim lalu beliau membantu pasukan ini menamatkan musim di tangga ke-7 liga.

Namun musim ini, selepas hanya menang 3 daripada 10 perlawanan, pengarah sukan Hake meletak jawatan.

Mereka kemudian melantik jurulatih berpengalaman Verbeek untuk menyelematan musim mereka. Namun sayangnya, jurulatih ini gagal memberikan impak dan Twente terus beraksi teruk.

Beberapa siri bolos kerana aksi pertahanan yang teruk membuatkan mereka menjadi semakin merosot.

Embed from Getty Images

Musim ini pasukan Twente diperkuatkan pemain seperti Adam Maher dan Adnane Tighadouini yang mereka beli. Selain daripada 2 pemain ini, Twente turut memiliki nama seperti Fredrik Jensen, Michiel Kramer dan Oussama Assaidi.

Lebih teruk dalam 14 perlawanan pertama di bawah Verbeek, Twente hanya menang 1 perlawanan. Hake sebelum ini memiliki purata 0.9 per perlawanan. Verbeek selepas 14 perlawanan hanya memiliki 0.57 mata per perlawanan.

Dalam perlawanan menentang pasukan yang bergelut dengan penyingkiran, Sparta Rotterdam sebelum ini, mereka seri 1-1 dengan 25 percubaan ke arah gol.

Kesilapan pengurusan

Masalah kewangan mengahantui kelab ini. Sehinggakan pada 2016 dan hampir muflis selepas berlaku banyak pembaziran / mis-spendings beberapa tahun sebelum itu.

Pembaziran ini berlaku sebaik sahaja mereka menjuarai Eredivisie pada 2009/10 di bawah kendalian McLaren. Mereka mulai terlalu teruja dan emosi untuk membeli ramai pemain baru dengan status kejuaraan liga mereka.

Mereka selepas itu gagal untuk bermain di peringkat Eropah untuk 3 musim. Ini yang membuatkan beban hutang mereka bertambah kritikal.

Ramai staf yang diberhentikan untuk mengurangkan perbelanjaan. Pemain dijual dengan harga murah. Pasukan remaja mereka tidak dapat bersaing di divisyen 2 Belanda.

Lebih parah, kelab mengurangkan perbelanjaan untuk pemantauan bakat di mana ramai pemantau bakat diberhentikan.

Mengelakkan penyingkiran menjadi topik utama kelab ini pada musim ini. Ini kerana mereka adalah salah satu kelab yang memiliki jumlah penyokong terbesar di Belanda.

Ramai yang menyatakan, tanpa Twente, Liga Belanda akan merindui penyokong mereka. Namun segalanya tidak mampu diselamatkan.

Twente ucap selamat tinggal Eredivisie

Pada 30 April 2018, mereka dibelasah 5-0 oleh Vitesse Arnhem dalam aksi yang tiada motivasi daripada pemain-pemain mereka. Itulah hari mereka sah tersingkir ke Liga Jupiter.

Dalam perlawanan menentang NAC Breda di tempat sendiri, pemain mereka melepaskan geram membaling suar ke dalam padang membuatkan perlawanan tergendala.

Embed from Getty Images

Pengarah kelab, Erik Velderman menganggap ini sebagai satu malapetaka kepada kelab selepas 8 tahun lalu mereka menjuarai Eredivisie dan berada di tangga ke-2 pada 2012.

Ketika itu mereka memiliki pengarah kelab Joop Munsterman yang sangat dedikasi dan efisien dalam kerja beliau.

Selepas berhadapan dengan masalah kewangan yang teruk, mereka pernah dipotong 3 mata pada 2014/15 kerana laporan kewangan yang tidak menepati piawaian. Hutang mereka terlalu banyak berbanding dengan pendapatan masuk.

Pada 2016, mereka hampir disingkirkan ke Liga Jupiter (divisyen 2 Belanda) kerana masih gagal menyelesaikan masalah kewangan. Tetapi mereka berjaya di dalam rayuan mereka,

Musim hadapan, pasukan ini akan beraksi di divisyen 2 buat pertama kali selepas 34 tahun.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN