Ishak Kunju Gariskan Kesilapan Individu Sebagai Punca Kekalahan

Ishak kunju PDRM Melaka United Liga Super 2020 berat badan

Pengendali PDRM FA, Ishak Kunju Mohamad tetap berpuas hati dengan apa yang telah dipamerkan oleh para pemainnya ketika tewas 1-3 kepada Melaka United dalam perlawanan kedua CIMB Liga Super 2020 di Stadium Hang Jebat, malam tadi.

Sedar akan kemampuan terhad majoriti pemainnya terutama yang merupakan anggota Polis namun menurutnya, ada peningkatan daripada permainan mereka.

Namun, pengendali berusia 45 tahun itu berkata yang beliau telah mengenal pasti masalah utama pemainnya sehingga menyebabkan mereka kehilangan mata.

“Kalau kita tengok, kebanyakkan pemain yang bermain hari ini adalah anggota [Polis]. Saya tidak mengatakan yang mereka tidak bagus, cuma pada saya, pendedahan mereka di Liga Super kurang. Ada antara mereka yang ini pengalaman pertama.

“Untuk mereka membiasakan diri dengan intensiti perlawanan akan mengambil sedikit masa,” jelas Ishak Kunju mengenai prestasi pemainnya malam tadi.

“Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan pemain saya. Saya rasa, paling mustahak, mereka berikan segala apa yang mereka ada. Mereka berikan 100 peratus.

“Satu-satunya masalah adalah kesilapan individu. Saya lihat perkara ini yang menyebabkan kita hilang tiga mata. Dan, ini yang perlu kita perbaiki lagi,” jelasnya.

Disamping itu, Ishak Kunju menyatakan yang berbanding aksi pertama, ada peningkatan dari segi permainan pemainnya. Walaupun tewas, perkara positif dalam aksi ini adalah mereka membina gerakan daripada bawah tidak seperti aksi pertama.

Ketika terikat tanpa jaringan menentang Sabah, Ishak Kunju menjelaskan majoriti serangan yang diatur adalah lambungan bola daripada bawah terus ke atas.

Dalam aksi kedua Liga Super malam tadi, penyerang, Antonio German memberi sedikit nafas buat The Cops apabila mendekatkan jurang gol kepada 1-2 pada minit ke-81 selepas lawan mendahului hasil jaringan Uche Agba dan Safiq Rahim.

Namun, muncul pemain bek sayap, Wan Amirul Afiq di penghujung perlawanan dengan jaringan menariknya untuk memusnahkan terus harapan skuad kendalian Ishak Kunju yang bekerja keras bagi memburu gol penyamaan.

“Antonio [German] keseorangan di depan. Kadang-kadang bola tidak sampai atau lambat sampai kepadanya,” ulasnya mengenai permainan Antonio German.

KREDIT FEATURED IMAGE: MELAKA UNITED SA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN