Kipre Tchetche Jangkakan Aksi Sengit Kedah, Terengganu FC

Aidil Sharin

Pernah beraksi bersama Terengganu FC selama tiga musim sejak 2017, mungkin akan membantunya dalam mencari kelemahan lawan untuk membantu Kedah merekodkan tiga mata penuh dalam aksi kedua CIMB Liga Super 2020, malam ini.

Mungkin agak retorik untuk mengatakan, ‘rahsia Terengganu berada dalam poketnya’, namun sedikit sebanyak sebenarnya, falsafah dan gaya permainan yang diterapkan oleh Nafuzi Zain dan Terengganu pernah berada di dalam permainannya.

Tambahan pula mereka akan beraksi di Stadium Darul Aman, Kipre Tchetche mahu memberi sesuatu buat para penyokong dan juga Helang Merah malam nanti.

“Sebagai pemain, saya tetap bersikap profesional dan mahu mencari ruang terbaik untuk membantu Kedah mendapatkan gol dan memburu kemenangan pertama seperti diharapkan seluruh penyokong Kedah di laman sendiri,” kata Kipre Tchetche.

“Apatah lagi kita akan beraksi di Stadium Darul Aman kali ini dan pastinya dengan sokongan padu daripada seluruh penyokong kita yang hadir akan lebih meningkatkan semangat dalam usaha mencari tiga mata penting,” tambahnya kepada Berita Harian.

Penyerang yang telah meledak hatrik dalam saingan kelayakan kedua Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2020 ketika bertemu Tai Po FC itu turut menjangkakan aksi sengit antara kedua-dua pasukan selepas gagal mendapat mata dalam aksi pertama.

“Saya menjangkakan satu perlawanan yang sengit memandangkan kedua-dua pasukan kini sangat mengharapkan tiga mata selepas gagal mendapatkan sebarang mata pada perlawanan sebelum ini,” jelas Kipre Tchetche mengenai aksi malam nanti.

“Namun dalam menghadapi cabaran ini, saya tetap yakin skuad Kedah akan beraksi dengan semangat serta kesungguhan yang tinggi seperti yang kita tunjukkan dalam perlawanan pertama ketika berdepan Johor Darul Ta’zim [JDT] pada Jumaat lalu.

“Memang kita tahu Terengganu memiliki barisan pemain-pemain yang bagus dengan kombinasi yang berpengalaman di segenap posisi dan ini yang perlu kita beri perhatian,” tambah penyerang berbisa kelahiran Ivory Coast itu lagi.

Selain itu, Kipre Tchetche turut berharap yang Helang Merah pada malam ini akan bergerak dan merancang secara berpasukan dalam memburu kemenangan. Dari segi hantaran akhir dan jaringan gol, menurutnya, itu adalah tugasannya.

KREDIT FEATURED IMAGE: KEDAH FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN