Pemain tengah Real Madrid, Isco kini dalam radar kelab Premier League iaitu Chelsea dalam misi Frank Lampard menguatkan pasukannya.
Selepas dibenarkan semula untuk membeli pemain, Chelsea dikatakan mahu mendapatkan pemain tengah menyerang kelab Sepanyol itu yang kini dilihat sudah semakin menjunam prestasinya.
Memetik laporan CaughtOffside, laporan di Sepanyol mengatakan Lampard dan Chelsea bersedia untuk menyediakan bayaran sebanyak €55 juta untuk membawa pemain itu ke Stamford Bridge.
Namun begitu, Real Madrid dikatakan tidak begitu berkenan untuk melepaskan Isco ke mana-mana kelab. Akan tetapi, sekiranya terdapat tawaran yang baik untuk kelab itu, mereka mungkin akan mempertimbangkannya.
Isco kini tidak berada dalam prestasi yang diharapkan oleh dirinya hanya apabila melakukan 16 penampilan sahaja setakat ini dalam semua pertandingan.
Lebih mengecewakan, pemain berusia 27 tahun itu hanya menjaringkan satu gol sahaja dalam kariernya pada musim ini.
Kehadiran Isco akan memberikan lebih pilihan kepada Lampard di bahagian tengah walaupun beliau sudah mempunyai beberapa pemain berkualiti di posisi tersebut.