Impian Setien Untuk Latih Messi Kini Tercapai

Quique Setien

Pengurus baharu Barcelona, Quique Setien kini telah memperoleh impiannya unuk melatih pemain terbaik dunia iaitu Lionel Messi.

Bercakap kepada media selepas dipilih sebagai pengganti Ernesto Valverde, Setien tidak dapat gambarkan apa yang dialaminya.

“Untuk menjadi pengurus kepada pemain terbaik dunia serta rakan-rakan sepasukannya, saya tidak pasti apa yang saya rasakan sekarang.”

“Saya ada bercakap dengan Lionel Messi dan rakan-rakan yang lain, saya katakan apa yang pasti ialah saya cukup meminati anda.”

Sungguh pun begitu, Setien tetap mahukan pemain semua berada “di tempat yang betul” walaupun beliau mempunyai rasa kagum kepada mereka semua.

“Messi adalah Messi, Busquets adalah Busquets begitu juga dengan Pique. Saya akan ada hubungan yang cukup luar biasa dengan mereka tetapi mereka semua perlu berada di tempat masing-masing.”

Setien yang merupkan mantan pengurus Real Betis dianggap sebagai pengurus yang menjadikan corak permainan DNA Johan Cryuff sebagai nadi taktikalnya.

Oleh kerana ini, beliau diangkat sebagai pengurus yang bermain cara Barcelona dan dijangka dapat memberikan banyak kejayaan kepada pasukan itu dalam era beliau sebagai pengurus.

Leave a Reply