Irfan Zakaria: Bukan Tugas Mudah Nak Kawal Shahrel Fikri

Irfan Zakaria

Pertahanan Kedah, Muhammad Irfan Zakaria tidak rela menjadikan keputusan seri sebagai matlamat utama pasukan sebaliknya mahu mendapatkan tiga mata penuh bagi membawa skuad Lang Merah merasai saingan Piala AFC pada musim 2021.

Namun, Irfan sedar tugas berat bakal menantinya pada kali ini untuk menjaga kelibat Muhammad Shahrel Fikri Md. Fauzi, penyerang Perak yang semakin berada di puncak prestasi selepas meraih lima gol dalam dua perlawanan terakhir CIMB Liga Super.

“Saya cukup mengenali Shahrel dan memang buat masa sekarang, semua orang boleh lihat dia berada di tahap terbaik, maka saya dapat rasakan bukan satu tugas mudah bagi mengawal Shahrel.

“Tengok dalam beberapa perlawanan yang lalu, sentuhan penyudah dimiliki Shahrel ternyata semakin tajam dan saya rasa kita tidak boleh berikan banyak ruang kepadanya.

“Kami datang ke Ipoh kerana mahu mendapatkan kemenangan dan bukannya sekadar satu mata, malah saya secara peribadi cukup teruja mahu beraksi di Piala AFC.”

“Memori ketika membantu Kedah di saingan play-off Liga Juara-juara Asia (ACL) membuatkan saya cukup teruja untuk lalui pengalaman yang sama pada musim depan,” tambah Irfan Zakaria lagi.

Antara aksi berlangsung pada Sabtu ini membabitkan Melaka yang menerima kunjungan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Hang Jebat selain PJ City FC bertemu PDRM di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya manakala di Stadium UiTM Shah Alam, Selangor bakal melayani kunjungan Felda United FC.

Terengganu FC yang turut berpeluang menamatkan saingan di tangga ketiga CIMB Liga Super akan menentang Pahang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Ahad sementara aksi Sabah dan UiTM FC di Stadium Likas terpaksa ditunda ekoran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula sejak 7 Oktober lalu.

Kredit featured image: Arena HijauKuning

Baca artikel lain dari kami mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN