Apa Yang Hariss Harun Maksudkan Dengan ‘Keputusan Telah Dibuat’?

hariss harun jdt 2020

Masih belum reda spekulasi mengenai pemain tengah dan kapten Johor Darul Ta’zim (JDT), Hariss Harun. Adakah musim ini adalah musim terakhirnya di sana?

Sebelum ini menerusi Facebooknya, Hariss Harun memuat naik gambarnya bersama kapsyen, “ITS TIME #nextmove” selepas JDT sah bergelar juara buat kali ke-7 Liga Super. Ia menimbulkan spekulasi mengenai masa depannya bersama skuad itu.

Pemain berusia 29 tahun itu dilihat telah berehat hampir sepanjang musim ini akibat kecederaan lutut yang dialaminya pada awal musim lalu dan setelah liga telah kembali, kelibatnya masih tidak kelihatan sehinggalah ketika penyerahan trofi Liga Super.

Terbaru, Hariss Harun telah memuat naik video dan juga gambar dengan kapsyen, “Decision made. Thank you, JDT” di laman Facebooknya. Masih belum jelas mengenai maksud posting tersebut kerana belum ada pengumuman rasmi daripada JDT.

Adakah beliau bakal berhijrah ke pasukan lain ataupun akan ada hala tuju lain dalam kariernya? Ini kerana, pada usia 29 tahun dan mengalami kecederaan yang boleh dikatakan memerlukan rehat yang agak panjang, adakah beliau masih akan bermain?

Melihatkan situasi dalam skuad JDT ketika ini, posisinya di tengah sudah diambil alih dengan baik oleh pemain-pemain lain seperti Afiq Fazail, Natxo Insa dan terdapat lagi beberapa pemain di bangku simpanan yang boleh mengisi posisi tersebut.

Hariss Harun telah berbakti selama tujuh tahun bersama Harimau Selatan dan hanya semusim tidak bersama pasukan iaitu pada 2017 apabila dipinjamkan ke kelab Sepanyol, CE L’Hospitalet tetapi gagal merealisasikannya akibat masalah dalaman.

Selepas itu, beliau menyertai kelab di kampung halamannya, Singapura, Home United untuk tiga bulan akibat tidak dapat kembali ke pasukan kerana sudah tiada slot untuk kouta import di JDT. Beliau kembali semula sebelum Liga Super 2018 bermula.

Kini, setelah merangkul hampir semua kejuaraan yang dipertandingkan di Malaysia iaitu Liga Super (6 kali), Piala FA (1), Piala Sumbangsih (5) dan Piala Malaysia (1) termasuk satu Piala AFC, Hariss Harun seakan-akan memberikan petanda untuk pergi.

Adakah benar kapten JDT itu akan meninggalkan pasukan? Jika ya, ke mana hala tujunya? Dikhabarkan Thai League menjadi destinasi beliau seterusnya. Atau adakah beliau akan mengubah haluan kariernya? Apa yang Hariss Harun cuba sampaikan?

KREDIT FEATURED IMAGE: JST

Baca lagi artikel mengenai Hariss Harun dan JDT:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN