Irfan Yakin Terengganu FC Mampu Julang Trofi Musim Ini

Dua keputusan seri dan 1 kemenangan dalam 3 perlawanan unifi Liga Super Malaysia 2018 oleh Terengganu FC (TFC), bukanlah keputusan yang teruk. Namun demikian, skuad bimbingan Irfan Bakti perlu memburu kemenangan kedua untuk memperolehi keyakinan tinggi meneruskan cabaran pada musim ini.

Pengendali TFC, Haji Irfan Bakti Abu Salim memuji aksi pemainnya yang mempamerkan permainan sebenar dan mengakui anak buahnya semakin serasi dengan corak permainan yang diterapkan olehnya.

Bercakap kepada Berita Harian, beliau yakin dengan kemampuan anak buahnya menjulang sekurang-kurangnya 1 trofi musim ini selepas menewaskan Selangor 4-1 di halaman sendiri pada minggu lepas.

“Saya gembira dengan aksi pemain yang mula mempamerkan aksi sebenar serta semangat juang yang tinggi dengan memperaga corak permainan sebagai satu pasukan sehingga berjaya melakar kemenangan besar ketika menundukkan Selangor sebelum ini.

“Karakter pemain juga harus dipuji dengan aksi yang meyakinkan tanpa mengenal erti penat lelah. Bagi saya ini sungguh menakjubkan dengan semua pemain berjaya melaksanakan tugas dengan berkesan.

“Corak permainan sebeginilah harus dikekalkan dalam aksi seterusnya bertemu Negeri Sembilan minggu depan bagi memastikan misi untuk meraih sekurang-kurangnya satu trofi kejuaraan musim ini mampu direalisasikan,” katanya

Terengganu FC pamer persembahan cemerlang apabila menewaskan Selangor 4-1 minggu lepas. FOTO: Terengganu FC

Irfan turut menyifatkan tempoh rehat selama hampir 2 minggu ini dimanfaatkan sebaik mungkin untuk meningkatkan prestasi anak buahnya kerana perjalanan liga masih panjang.

“Apa yang penting pemain perlu sentiasa bersedia dan meningkatkan prestasi diri dan berpasukan kerana saingan liga baharu memasuki tiga perlawanan.

“Oleh itu semua pemain harus mempunyai iltizam ke arah itu dan bukannya merasa selesa dengan pencapaian semasa,” katanya.

Skuad Peteh Terengganu Peteh itu akan berkunjung ke Paroi untuk bertemu pasukan Negeri Sembilan pada 23 Februari ini untuk perlawanan ke empat Liga Super. Kemenangan ke atas Negeri Sembilan akan mencerahkan peluang untuk skuad TFC menduduki tangga teratas liga.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN