Robben Mahu Ikut Jejak Langkah Schweinsteiger Selepas Bayern Munich

Pemain sayap Bayern Munich, Arjen Robben memberitahu Sportsbuzzer bahawa beliau belum merancang untuk mengantung but, dan mungkin mengikuti jejak langkah Bastian Schweinsteiger dengan beraksi di Major League Soccer (MLS).

Selain daripada Amerika Syarikat, Robben turut mempertimbangkan China dan Qatar untuk meneruskan karier beliau sebelum bersara daripada bola sepak profesional sepenuhnya.

(Photo by Jeroen Meuwsen/Soccrates/Getty Images)

Robben memiliki enam kejuaraan Bundesliga dan empat DFB Pokals sejak menyertai kelab Bavarian berkenaan pada 2009.

Pemain sayap berusia 34 tahun itu merupakan penjaring gol kemenangan minit akhir ke atas Borussia Dortmund di perlawanan akhir UEFA Champions League (UCL) pada 2013, ketika dua wakil Jerman layak ke perlawanan akhir berkenaan.

Namun demikian kontrak Robben bersama gergasi Bundesliga itu akan berakhir pada akhir musim ini.

“Itulah topik perbualan yang sering dibicarakan di meja makan, ketika bersama keluarga dan rakan di rumah,” ujar Robben ketika ditanya mengenai pilihan beliau untuk meneruskan karier bola sepak.

“Ini adalah tempoh di mana saya perlu membuat keputusan. Beberapa tahun lalu, keputusan itu sangat mudah. Tetapi kini, saya menuju penghujung karier, dan ia menuntut saya untuk memikirkan banyak perkara.”

(Photo by Andreas Gebert/Anadolu Agency/Getty Images)

“Ia tidak mudah, tetapi saya teruja. Beberapa peluang dibiarkan terbuka sebagai pilihan, dan beberapa perkara lagi telah saya singkirkan dariapda senarai. Tetapi biarlah ia kekal rahsia buat masa ini.”

Pada masa yang sama, Robben turut terbuka dengan prospek untuk kekal di Allianz Arena. Robben percaya beliau masih mampu beraksi di pentas tertinggi bola sepak dan tidak merancang untuk bersara pada musim panas akan datang.

“Saya masih cergas dan masih mampu bermain sekurang-kurangnya dua musim lagi di peringkat tertinggi. Itu sasaran saya. Sata telah memenangi semua kejuaraan sepanjang karier, dan kalau boleh saya mahukan UCL sebagai kejuaraan terakhir sebelum pergi.”

(Photo by Boris Streubel/Bongarts/Getty Images)

Robben turut memuji impak yang dibawa oleh Jupp Heynckes, dan walaupun mengharapkan Heynckes kekal melangkaui musim ini bersama Bayern Munich, keputusan Robben untuk kekal tidak akan dipengaruhi oleh jurulatih kelab Bavarian itu pada musim hadapan.

“Sudah tentu keputusan untuk kekal tidak akan dipengaruhi oleh siapa jurulatih pada musim hadapan. Sebagai pemain, anda akan bekerja dengan jurulatih pada setiap hari.”

(Photo by Andreas Gebert/Anadolu Agency/Getty Images)

“Saya gembira untuk bekerja dengan sesiapa pun di sini. Pihak kelab pasti sudah mempunyai perancangan tersendiri. Akan tiba masa, pihak kelab dan saya duduk bersama-sama untuk melihat bagaimana kami meneruskan kerjasama ini.”

“Ia adalah pengalaman yang hebat untuk bekerja bersama Hecynckes. Beliau bersama Peter Hermann (pembantu jurulatih) dan Hermann Gerland (penolong jurulatih) arif mengenai selok belok di kelab. Sudah tentu saya gembira jika Heynckes kekal.”

“Ia masih terpulang kepada beliau, dan apa pun keputusan, kita harus menghormatinya,” jelas Robben.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN