Irfan Sahkan Bintang Tengah Kemboja Sertai Terengganu

Ketua jurulatih Terengganu FC 1 (TFC 1), Irfan Bakti Abu Salim mengesahkan pemain tengah skuad kebangsaan Kemboja, Thierry Chantha Bin dijadualkan tiba di negeri ini untuk menyertai pasukan liga super Terengganu.

Pemain tengah yang berusia 26 tahun ini akan mula menjalani latihan pra musim bersama pasukan pada pertengahan bulan depan.

Selain Thierry, Irfan turut mengesahkan seorang lagi pemain import dari Serbia Montenegro, Igor Zaonic akan menguatkan benteng pertahanan skuad penyu itu.

“Kehadiran Thierry yang beraksi di bahagian tengah itu berjaya memenuhi  kuota pemain import Asia Tenggara manakala Zonjic pula menggantikan  kekosongan benteng pertahanan yang ditinggalkan oleh Lazaro Vinicius setelah kontraknya tidak dilanjutkan musim depan,” katanya.

Igor Zonjic (jersi biru) akan tiba di Kuala Terengganu untuk menjalani latihan pra musim.

Secara keseluruhan, pasukan Terengganu FC 1 melengkapkan lima kuota awang importnya dengan skuad Penyu mengekalkan penyerang import dari Ivory Coast, Tchetche Kipre dan menyambar bekas pemain import Negeri Sembilan kelahiran England, Lee Andrew Tuck serta bekas pemain Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC), Kim Hyeon Woo dari Korea Selatan.

“Kehadiran dua pemain ini sekali gus melengkapkan kuota awang import untuk pasukan TFC I bagi menghadapi saingan Liga M musim depan.

“Hanya Tuck yang akan mula menjalani latihan pramusim pada 4 Disember ini (Isnin) manakala tiga lagi pemain import dijangka melaporkan diri pertengahan atau hujung bulan depan,” katanya kepada berita harian.

Menurut laporan akhbar tempatan, beberapa kelibat muka baharu yang hadir di pejabat PBSNT ialah tiga bekas pemain T-Team, Mohd Fauzi Abdul Kadar, Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris dan Mohamad Kamal Azizi Mohamad Zabri, bekas penjaga gol Pahang, Wan Mohd Azraai Wan Teh, Mohd Fitri Omar (Kedah) dan dua bekas pemain Kuantan FA, Abdul Malik Mat Ariff dan Shahrul Aizad.

Irfan Bakti turut mengesahkan bekas penolong ketua jurulatih FELDA United, Mohamad Nik kembali dalam barisan kejurulatihan TFC I musim depan.

“Beliau akan membantu saya dalam membentuk pasukan sambil dibantu dua penolong jurulatih musim ini, Mohd Nafuzi Mohd Zain dan Kamaruddin Annuar,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN