Bekas jurulatih Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti Abu Salim, menjangkakan bekas anak didiknya, Kipre Tchetce akan kembali meledak di hadapan gol untuk pasukan baharunya Kedah.
Kipre sah menjadi pemain Kedah untuk memperkuatkan musim bahru. Dan menurut Irfan, Kedah bertuah mendapat pemain seperti Kipre Tchetche yang profesional dan tidak pernah memberikan masalah.
Itu berdasarkan pengalaman oleh Irfan Bakti ketika menguruskan pemain itu dahulu di Terengganu.
Irfan juga percaya, gandingan Kipre dengan Kpah Sherman akan menjadi antara jentera serangan terbaik dan digeruni di Liga Malaysia pada musim hadapan.
Kipre merupakan pemain yang mampu menghasilkan magis walaupun pada awal musi 2019, beliau agak tenggelam timbul.
Kipre memiliki kepimpinan di dalam pasukan dan dilantik menjadi kapten ketika di bawah kendalian Irfan Bakti.
Irfan berkata kepada Stadium Astro: “Tchetche tidak pernah menimbulkan masalah dan dia adalah salah seorang pemain import berdisiplin yang pernah saya bimbing.”
“Saya fikir dia akan dapat sesuaikan diri bersama Kedah, tambahan pula dikelilingi pemain-pemain yang bagus.
“Sudah tentu sebagai juara Piala FA, naib juara Piala Malaysia serta beraksi di peringkat Asia, Kedah akan menjadi pasukan yang perlu diberi perhatian pada 2020,” katanya lagi.
Kedah masih lagi mencari beberapa pemain lagi bagi menguatkan pasukan mereka pada musim hadapan.
Kedah menamatkan saingan 2019 dengan cemerlang. Mara ke dua perlawanan final domestik dan berjaya membawa pulang salah satu daripadanya iaitu Piala FA.