Maestro Harimau Malaya, Azam Azih Tamatkan Zaman Bujang

Pemain tengah pasukan Pahang dan juga pasukan kebangsaan Malaysia iaitu Mohamad Nor Azam bin Abdul Azih telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihan hatinya iaitu Iffa Najiha binti Nor Mohamed Zin.

Majlis perkahwinan kedua-dua mempelai berlangsung semalam pada 30 November 2019.

Laman rasmi Pahang FA dalam ucapan mereka berkata: “Ucapan Selamat Pengantin Baru kepada Mohamad Nor Azam bin Abdul Azih kerana telah selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan hati beliau Iffa Najiha binti Nor Mohamed Zin pada 30 November 2019.”

Semoga tali perkahwinan terus kukuh mengikat sepakat, setia hingga ke akhir hayat. Dihiasi rahmat Illahi dengan rumahtangga yang sakinah, mawaddah, warohma.”

Laman facebook pasukan Pahang FA dihujani dengan ucapan tahniah ditujukan kepada pengantin baru. Para peminat mendoakan kebahagiaan kepada pasangan pengantin dan mendoakan kejayaan Azam Azih dalam kariernya.

Azam Azih antara pemain yang meniti perjalanan karier yang lancar daripada pasukan belia sehinggalah ke pasukan kebangsaan.

Beliau kini merupakan pemain utama dalam skuad Harimau Malaya bimbingan Tan Cheng Hoe.

Azam Azih baru sahaja menamatkan tugasan kebangsaan pada beberapa minggu lalu dengan cemerlang. Membantu Malaysia menang kesemua 3 perlawanan antarabangsa termasuk 2 perlawanan kelayakan Piala Asia / Piala Dunia.

Kami di SemuanyaBOLA turut berkongsi rasa gembira dan mendoakan semoga berbahagian sehingga ke anak cucu buat Azam Azih dan isteri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN