Sah! Irfan Bakti Bawa 3 Muka Baru Ke Dalam Skuad Terengganu

Terengganu mengesahkan 3 muka baru dibawa masuk oleh Irfan Bakti untuk memperkuatkan pasukan Terengganu untuk separuh kedua musim ini.

Berita itu dihebahkan menerusi laman sosial rasmi pasukan Terengganu FA. Gabriel Davis Dos Santos antara pemain yang dibawa untuk memperkuatkan barisan serangan skuad Terengganu.

Menurut Terengganu FA:

“Gabriel Davis ialah pemain kelahiran Brazil, berusia 27 tahun yang sebelum ini beraksi bersama dengan pasukan Clube Esportivo Lajeadense dalam Liga Rio Grande Do Sul, Brazil.”

Irfan Bakti turut membawa masuk seorang lagi pemain di barisan serangan iaitu Ridzuan Abdunloh yang sebelum ini pernah menyertai Irfan Bakti di Felda secara pinjaman dari Kedah.

Ridzuan juga bekas graduan Harimau Muda A ini adalah penyerang sayap yang boleh beroperasi di sayap kiri dan kanan.

Seorang lagi pemain adalah Mohamad Faizal Mohamad Yusoff. Pemain ini dibawa masuk untuk menyelesaikan krisis penjaga gol yang melanda pasukan Terengganu.

Faizal sebelum ini bermain untuk Sungai Ara FC dalam kancah Liga FAM. Ia sudah pasti perkembangan yang sangat positif untuk karier Faizal.

Kesemua pemain tersebut menandatangani kontrak semalam, 6 Jun 2017.

Berdasarkan rombakan skuad ini,selain daripada mencabar kejuaraan Liga Premier, Irfan Bakti juga dilihat turut memperkemaskan pasukan untuk saingan Piala Malaysia yang akan bermula selepas cuti.

Terengganu kini berada di tangga ke-2 Liga Premier, hasil 9 kemenangan dan 4 kekalahan. Mereka 2 mata di belakang pasukan Negeri Sembilan. Dan berada hanya 1 mata di atas pasukan Kuala Lumpur.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN