Irfan Bakti Senaraikan 11 Pemain Yang Ada Kualiti Untuk Sekat JDT, Apa Respon TMJ?

Irfan Bakti JDT

Baru-baru ini, sebuah akhbar tempatan ada menyiarkan mengenai pendapat Irfan Bakti tentang barisan kesebelasan utama yang mampu menyekat Johor Darul Ta’zim (JDT) daripada terus bermaharajalela. Benarkah skuad tersebut mampu melakukannya?

JDT baru sahaja mencipta sejarah apabila mengesahkan kejuaraan ketujuh berturut-turut Liga Super dan kali kedua bergelar juara ‘invincible’. Ia jelas menunjukkan kekuatan skuad Harimau Selatan itu sejak kelab tersebut tertubuh pada 2013 lalu.

Kedah yang berada di kedudukan kedua, ketinggalan tujuh mata di belakang mereka, dilihat gagal untuk sekurang-kurangnya mencabar kedudukan tersebut. Kedah telah menyertai Selangor, Pahang, FELDA United dan Perak sebagai antara pasukan yang gagal mengatasi JDT dengan Pahang telah tiga kali berada di kedudukan kedua.

Mungkin paling hampir adalah pada musim 2014 dan 2015 apabila Selangor serta Pahang hanya dibezakan tiga mata sahaja daripada JDT. Namun, kini mereka dilihat semakin mula menjarakkan diri daripada pencabar-pencabar terdekat mereka.

Musim paling gemilang tentunya apabila bergelar juara dengan jarak 23 mata daripada Perak iaitu pada musim 2018. Untuk musim ini mungkin disebabkan liga berehat dan tertangguh akibat COVID-19, perbezaan mata tampak tidak berapa jauh.

Untuk mengatakan pencabar iaitu Kedah sudah semakin mendekati mereka, mungkin tidak sesuai kerana tiada konsistensi dalam prestasi mereka. Kedah, Terengganu FC, Perak dan Selangor saling mencabar antara satu sama lain untuk kedudukan kedua saban minggu. JDT dilihat terus berkuasa di takhta liga tanpa cabaran sebenar.

Jadi, siapakah pemain yang telah disenaraikan oleh Irfan Bakti dalam skuad pilihannya untuk mencabar kedudukan JDT pada ketika ini? Pengendali berusia 69 tahun itu sudah bergelumang lebih dua dekad dalam saingan Liga Malaysia sejak 2009.

Pilihan Irfan Bakti JDT
Pilihan 11 Pemain Liga Super oleh Irfan Bakti untuk cabar JDT. FOTO: Harian Metro

Untuk posisi penjaga gol, Irfan Bakti meletakkan penjaga gawang muda Terengganu, Rahadiazli Rahalim. Ia mungkin mengejutkan kerana beliau baru berusia 19 tahun dan dalam musim sulungnya di saingan Liga Super – lima kali dalam kesebelasan utama.

Gandingan empat pemain pertahanan pilihannya adalah kapten Perak, Shahrul Saad, Herold Goulon, Rizal Ghazali dan juga Amirul Azhan. Keempat-empat pertahanan tersebut tampil hampir keseluruhan perlawanan bersama pasukan masing-masing.

Untuk empat pemain tengah pula, Irfan Bakti dilihat mengutamakan bekas pemainnya, Sanjar Shaakhmedov untuk menjadi arkitek di tengah bersama Leandro dos Santos. Jentera sayap pula akan dikemudi oleh pencabar Kasut Emas tempohari, Shahrel Fikri dan pemain muda meningkat naik Pahang, Nik Sharif Haseefy.

Irfan Bakti meletakkan penyerang Kedah, Kipre Tchetche yang telah tujuh gol dalam 11 penampilannya dan rakan gandingan di jentera serangannya adalah penyerang PJ City, Washington Brandao yang telah menghasilkan empat gol pada musim ini.

TMJ 11 pemain terbaik

Bagaimana pembaca melihat pilihan pengendali yang pernah memenangi Anugerah Jurulatih Terbaik 2011 dan pelbagai kejuaraan dalam saingan Liga Malaysia itu? Adakah mereka mampu mencabar Harimau Selatan daripada terus bermaharajalela jika diberikan peluang untuk membentuk gandingan bersama?

Pemilik JDT, Tunku Ismail Idris (TMJ) memberi respon kepada pilihan itu dengan kenyataan berbunyi, “Semua team boleh kalahkan JDT. Tetapi nak menang Liga atau ada pencapaian long term sesuatu pasukan itu harus berjaya dalam setiap aspek dan menang semua perlawanan. Bukan hanya fokus kepada 1 perlawanan.”

KREDIT FEATURED IMAGE: BERITA HARIAN

Baca lagi artikel mengenai Irfan Bakti dan JDT:

Piala Malaysia 2018: Irfan Bakti Ada Petua Mujarab Halang Kebangkitan JDT

MSL 2020: JDT Sahkan Kejuaraan ‘Invincible’, Ledak 5 Gol Tumpaskan Melaka United

Previu MSL 2018: Misi Irfan Bakti Bentuk Skuad Terengganu Seimbang Dan Kompetitif

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN