Irfan Bakti Sambung Kontrak Bimbing Terengganu Musim Depan

Sebuah akhbar tempatan melaporkan jurulatih pasukan Terengganu, Irfan Bakti mengesahkan akan kekal membimbing pasukan skuad itu musim depan.

Jurulatih berpengalaman yang berusia 66 tahun itu setakat ini hanya menyambung kontrak setahun sehingga 2018.

“Ya, saya akan kekal semusim lagi hingga 2018 bersama Terengganu dalam misi membawa pasukan itu mencatat kejayaan lebih baik lagi musim depan.

“Sekarang saya mahu menumpukan saingan terakhir Liga Perdana bertemu PKNP (Perbadanan Kemajuan Negeri Perak) dulu Jumaat ini sebelum mencari pemain baru untuk diserapkan dalam skuad musim depan,” kata Irfan kepada Berita Harian.

Sebelum ini beliau tidak mahu membuat keputusan terburu-buru sama ada ingin kekal bersama skuad Penyu atau membimbing pasukan lain dan menyerahkan kepada Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) membuat keputusan.

Kenyataan Irfan itu ternyata mengundang resah buat penyokong Terengganu yang mahukan jurulatih itu terus kekal bersama skuad Penyu selepas sentuhan magisnya berjaya membawa pasukan ke saingan Liga Super musim depan sekali gus menepati KPI (Indeks Petunjuk Prestasi) yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).

Bekas jurulatih Felda United itu mengikat kontrak selama setahun musim ini bersama skuad Terengganu dan kontraknya berakhir pada 30 November depan.

Sumber: https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2017/10/341100/irfan-kekal-kendali-peteh-terengganu-peteh

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN