Cristiano Ronaldo Menang FIFA Best Sekali Lagi!

Cristiano Ronaldo menang FIFA Best untuk pemain terbaik tahunan buat kali kedua berturut-turut. Beliau kini menjadi satu-satunya pemain yang memenangi anugerah tersebut sejak ia diperkenalkan tahun lalu.

FIFA membuat keputusan untuk berpisah dengan Ballon d’Or bermula daripada tahun lalu. Dan anugerah ini kembali kepada format Anugerah Terbaik FIFA seperti satu ketika dahulu.

Jadi, Ronaldo kini sudah memenangi 4 Anugerah Pemain Terbaik FIFA dalam sejarah karier beliau.

Kemenangan ini juga membolehkan Ronaldo menang kesemua 4 Anugerah Individu yang beliau dicalonkan. Ini selepas beliau memenangi Anugerah FIFA Best 2017, diikuti Ballon D’or, Pemain Terbaik UEFA dan kini FIFA Best 2017.

Ronaldo juga melengkapkan hatrik untuk pemain terbaik dunia dengan Ballon d’or 2015 (masih bergabung dengan FIFA), FIFA Best 2016 dan FIFA Best 2017.

Musim lalu Ronaldo sangat produktif dengan rekod 58 gol daripada 57 penampilan untuk kelab dan negara. Beliau membantu Real Madrid menang UCL untuk kali kedua berturut-turut.

Beliau juga menjadi penjaring terbanyak dalam UCL musim lalu dengan 15 gol. Seterusnya, Real Madrid juga menang La Liga pada musim lalu.

Ronaldo menjadi pemain yang sentiasa mampu menjaringkan gol walaupun dalam beberapa perlawanan beliau tidak beraksi baik untuk kelab dan negara beliau.

Sementara itu, ini pula adalah kesebelasan terbaik dunia 2016/2017 pilihan FIFA.

https://twitter.com/FanAnticsFC/status/922545523214733315

Tahniah untuk Cristiano Ronaldo. Sudah pastinya kejayaan ini menjadi motivasi beliau untuk terus kekal menjadi yang terbaik di atas padang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN