Irfan Bakti Mahu Pemain Terengganu FC Tenang Hadapi PKNS FC

Irfan Bakti

Esok, saingan Liga Super musim 2019 bakal membuka tirainya. Salah satu perlawanan yang berlangsung ialah melibatkan naib juara Piala Malaysia 2018, Terengganu FC (TFC) menentang PKNS FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Pengendali TFC, Irfan Bakti Abu Salim berharap anak buahnya tidak terlalu gelabah dan mengelak dilanda sindrom perlawanan pertama memandangkan mereka lebih cenderung beraksi dengan selamat.

Kemenangan amat penting buat TFC yang berdepan empat pasukan teratas musim lalu dalam lima perlawanan pertama, dengan Pahang, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Perak akan menanti mereka.

“Sudah pasti hanya kemenangan yang akan menyuntik moral untuk aksi berikutnya. Kami perlu memberikan yang terbaik sejak tiupan wisel permulaan lagi,” katanya dalam Stadium Astro.

Sesi latihan skuad Terengganu FC. FOTO: TFC

Mengulas mengenai pertemua menentang PKNS FC, Irfan mengakui skuadnya kini lebih bersedia biarpun beberapa pemain utama masih dilanda kecederaan.

“Kecuali Wan Ahmad Amirzafran (Wan Nadris) dan penjaga gol, Mohd Suffian (Rahman) yang cedera, semua pemain sudah bersedia,” tambahnya.

PKNS FC tidak gentar jumpa skuad Penyu

Walaupun dibarisi ramai pemain muda, PKNS FC menegaskan mereka tidak gentar apabila bakal berdepan TFC di hadapan ribuan penyokong tuan rumah.

Pengurus PKNS FC, Mahfizul Rusydin Abd Rashid berkata, skuad kendalian Datuk K. Rajagobal itu mempunyai ramuan tersendiri dengan gabungan pemain muda dan pemain senior yang lebih berpengalaman.

“Rata-rata pemain berusia 24 dan 25 tahun dengan tiga pemain lain daripada skuad belia dipanggil menyertai sesi latihan sebelum mereka juga dibawa ke Singapura untuk mengharungi perlawanan persahabatan.

“Pada masa sama kita juga ada pemain berpengalaman seperti R Surendran selain bekas pemain kebangsaan Mahali Jasuli dan bekas kapten FELCRA FC Shahrom Kalam untuk memperkuatkan lagi pasukan.

“Walaupun kita bakal menggunakan pemain muda dan kurang pengalaman, tetapi saya percaya kita sudah sedia sepenuhnya menentang Terengganu malam esok,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN