Inter Milan Tawarkan Arsenal Tukar Eriksen Dengan Xhaka

Bagi menambah kekuatan di bahagian tengah pasukan, Inter Milan telah mengemukan tawaran kepada Arsenal untuk membuat pertukaran antara Christian Eriksen dengan Granit Xhaka.

Menurut laporan dari media Itali, Corriere dello Sport, pemain tengah Denmark itu bergelut untuk mendapatkan keserasian dengan taktikal Antonio Conte sejak menyertai kelab Serie A berkenaan dengan nilai perpindahan £17 juta (RM92 juta) dari Tottenham Hotspur pada Januari lalu.

Beliau jarang diberi peluang untuk membarisi kesebelasan utama pasukan dan musim ini masih belum menjaringkan sebarang gol ataupun menyumbang bantuan jaringan selepas beraksi tujuh perlawanan dalam semua pertandingan.

Conte pula mahu pemain yang lebih fizikal untuk mengukuhkan bahagian tengah pasukannya. Ketika ini hanya Marcelo Brozovic yang boleh beraksi dengan baik di bahagian tengah bertahan.

Sebelum ini pasukan berkenaan menyasarkan N’Golo Kante yang dilihat hampir meninggalkan Stamford Bridge, namun Chelsea enggan menjual pemenang Piala Dunia 2018 itu yang masih mempunyai peranan penting di dalam perancangan Frank Lampard.

Arsenal yang sudah pun mempunyai beberapa pemain untuk posisi Xhaka seperti Thomas Partey dan Mohamed Elneny mungkin tertarik dengan tawaran tersebut memandangkan mereka kini terdesak untuk mendapatkan pemain tengah kreatif bagi mengisi tempat Mesut Ozil yang telah pun disisih.

Malah Xhaka juga pastinya terbuka untuk berhijrah bagi mencari pengalaman dan angin baharu memandangkan beliau pernah berdepan dengan peristiwa pahit bersama penyokong Arsenal sebelum ini.

Dengan usia kedua-dua pemain ketika ini sama 28 tahun, mungkin ianya satu keputusan menang-menang buat kedua-dua kelab yang memerlukan pemain yang boleh membantu meningkatkan kualiti pasukan masing-masing.

Sekiranya perpindahan tersebut berlaku, pastinya ia sukar diterima oleh penyokong Spurs untuk melihat Eriksen menyarung jersi pasukan musuh setempat mereka.

Dalam satu temubual di sebuah stesen televisyen, Eriksen secara terbuka mengakui beliau tidak gembira dengan peranannya di Inter Milan kerana baginya setiap pemain bola sepak mahu beraksi sekerap mungkin.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

Mikel Arteta: Arsenal Miliki Masa Depan Yang Cerah

Henderson, Robertson Mungkin Sempat Pulih Untuk Aksi Berdepan Leicester

Javier Mascherano Umum Persaraan Pada Usia 36 Tahun

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN