Masa depan Christian Eriksen di Inter Milan boleh dianggap sudah sampai di penghujungnya selepas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab Giuseppe Moratta mengesahkan pemain tersebut boleh berpindah ke pasukan lain pada Januari ini.
Pemain tengah Denmark tersebut dibeli dari Tottenham Hotspur dengan harga €20 juta pada Januari dan mengikat kontrak selama empat setengah tahun, namun selepas hampir setahun beliau gagal menyesuaikan diri dengan bola sepak Itali.
Menurut laporan media Itali Tuttosport, Inter bersedia untuk berbincang dengan mana-mana kelab yang mampu menawarkan sekurang-kurangnya €30 juta atau pun membuat pertukaran pemain yang dirasakan sesuai untuk bermain dengan sistem Antonio Conte.
Antara nama-nama yang dipercayai sudah disenaraikan untuk dibuat pertukaran adalah Leondro Paredes dari Paris Saint Germain, Fred dari Manchester United, Corentin Tolisso dari Bayern Munich dan Granit Xhaka dari Arsenal.
Inter Ready To Offer Christian Eriksen To PSG In Exchange For Leandro Paredes, Italian Broadcaster Details https://t.co/rzkOw4XJ5D #FCIM #InterFans #ForzaInter pic.twitter.com/tQbJHXiunu
— SempreInter.com (@SempreIntercom) November 21, 2020
Musim ini Eriksen cuma beraksi lapan perlawanan sahaja dalam semua pertandingan kebanyakannya hanya sebagai pemain gantian dan gagal merekodkan sebarang gol atau bantuan jaringan.
Conte kini sudah pun memiliki Arturo Vidal dan Nicolo Barella sebagai perancang tengah pasukan dan kecederaan Marcelo Brozovic memaksa beliau untuk mencari seorang lagi pemain tengah bertahan untuk mengukuhkan skuadnya.
Real Madrid juga dilaporkan berminat untuk mendapatkan Eriksen dan mungkin boleh menawarkan pertukaran dengan Isco yang telah menghantar permintaan pindah baru-baru ini.
Real Madrid have held talks with Inter Milan over a potential swap deal involving Isco and Christian Eriksen, according to Sky Germany.
Denmark international Eriksen has struggled to recapture his best form since joining Inter from Tottenham in January. pic.twitter.com/Ggq49KPFRA
— GOAL (@goal) November 24, 2020
Eriksen secara terbuka mengakui beliau tidak gembira dengan peranannya di Inter Milan kerana baginya setiap pemain bola sepak mahu beraksi sekerap mungkin.
Dengan usianya yang baru 28 tahun ketika ini, pastinya masih banyak yang dapat disumbangkan sekiranya dapat beraksi dengan pasukan yang sesuai dengan kemampuannya.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:
Barcelona Mungkin Tukar Nama Nou Camp Kepada ‘Stadium Leo Messi’