Inter Milan Keluarkan Kenyataan Rasmi Tembak Juventus

Sebelum ini Juventus melabel Inter Milan sebagai sore loser dan penuh alasan selepas kalah. Ia tidak disenangi oleh pihak Inter Milan.

Permusuhan Inter dan Juventus sentiasa panas.

Inter Milan menyatakan, pihak mereka hanya membangkitkan kualiti pengadilan dan tidak pernah menyentuh pun soal sejarah kelab Juventus.

Dalam perlawana Serie A minggu lalu, Inter Milan tewas di tangan Juventus selepas jaringan cantik oleh Cuadrado.

Namun, Inter Milan membantah kenapa pengadil meniup wisel ketika Mauro Icardi memintas bola yang dihantar Chiellini kepada Buffon.

Ini adalah insiden yang dibantah oleh Inter Milan.

Pengulas perlawanan tersebut Luca Marghegiani juga hairan kenapa pengadil meniup wisel ketika Icardi memintas bola tersebut, sedangkan bola itu sudah mengambil sepakan percuma tersebut.

Pihak Juventus terus mengeluarkan kenyataan panas menyatakan Inter Milan kuat beralasan dan merengek.

Inter Milan tampil dengan kenyataan rasmi kelab mereka semalam dengan berkata:

“Menjawab komen baru-baru ini di dalam media, Inter mendapati sukar untuk memahami mengapa Juventus terus bercakap tentang kami apabila kami tidak pernah memberikan tumpuan kepada mereka.”

“Hakikatnya, dengan segala perhatian yang diberikan kepada Inter, ia menunjukkan pentingnya kelab kami di mata mereka.”

“Kami dengan sopan dan melalui saluran yang sesuai berusaha untuk membincangkan apa yang kita rasa adalah, keputusan pengadil perlu dibahaskan dalam perlawanan yang penting.”

“Ia bukan sahaja kepada kita, tetapi juga untuk seluruh Serie A.”

“Sekarang kita hanya memikirkan tentang masa depan, tidak lupa juga kami bermain dengan baik di Turin walaupun keputusan akhir tidak memihak.”

“Kita semua mempunyai sejara. Dan kami memiliki sejarah kami sendiri, dan kami berbangga dengannya.”

Panas juga Inter Milan ni dengan Juventus sehingga menyediakan satu slot khas untuk komen kenyataan Juventus yang dituduh mereka obses kepada mereka.

Sebelum ini timbul kenyataan Radja Nainggolan Bencikan Juventus Kerana Sentiasa Dibantu Pengadil

Baca juga: Ashley Westwood Digantung 4 Perlawanan Oleh FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN