Rekod tanpa kalah Inter Milan musnah di hadapan penyokong mereka sendiri apabila mereka dikejutkan dengan kekalahan 1-3 di tangan Udinese.
Kevin Lasagna meletakkan pasukan pelawat di hadapan pada minit ke-14. Namun Mauro Icardi memastikan gol itu terus dibalas pada minit ke-15.
Pada separuh masa kedua, Udinese memperbaiki aksi mereka. Inter Milan masih menguasai perlawanan secara kesuluruhannya.
Udinese mendapat sepakan penalti yang disempurnakan oleh Rodrigo De Paul pada minit ke-61. 5 minit kemudian, Seko Fofana dilayangkan kad kuning kerana melengah-lengahkan perlawanan.
Tatkala anak-anak buah Spalletti berterusan menyerang kubu Udinese, Antonin Barak memastikan kemenangan milik Udinese dengan jaringan pada minit ke-77.
Napoli ke puncak sekali lagi
Dalam satu lagi perlawanan, Napoli menggunakan peluang yang ada dengan sebaik-baiknya untuk mereka memintas Inter Milan di puncak liga.
Napoli menang 1-3 ke atas Torino di tempat lawan. Napoli menjaringkan 3 gol pada separuh masa pertama memnerusi Koulibaly, Zielinski dan juga Marek Hamsik.
Marek Hamsik kini sudah menyamai rekod jaringan terbanyak sepanjang zaman di Napoli milik Diego Armando Maradona dengan 115 gol.
Penyerang sensasi Itali, Andrea Belotti menjaringkan gol pertama pasukan beliau pada minit ke-63. Tamat perlawanan, Napoli menang 3-1.
Walau apa keputusan dicatatkan Juventus hari ini, Napoli akan kekal di tangga teratas. Namun Juventus boleh memintas Inter Milan sekiranya skuad Allegri menang ke atas Bologna.