Inter Miami Nama Baharu Kelab Milik David Beckham

Bekas bintang Real Madrid, David Beckham telah memperkenalkan nama baharu kelab Liga Bolasepak Major (MLS) miliknya dan diberi nama Club Internacional de Futbol Miami, atau Inter Miami.

Kelab itu turut melancarkan logo, yang berbentuk bulat dan mempunyai gambar dua burung heron yang melambangkan nilai “antarabangsa, pelbagai, inklusif, kreatif dan bercita-cita tinggi’.

Beckham diberikan francais MLS di Miami pada Januari lalu selepas membuat pengumuman rancangannya untuk menubuhkan sebuah pasukan buat pertama kali di bandar Selatan Florida itu, empat tahun lalu.

“Ini adalah hari yang amat membanggakan untuk saya dan juga keseluruhan pasukan. Satu kebanggaan untuk mengumumkan nama baharu dan juga logo untuk peminat kami,” kata Beckham yang menjadi pemilik merangkap presiden operasi bola sepak kelab itu dalam satu kenyataan.

“Kami mengambil satu lagi langkah penting dalam penubuhan kelab kami dan hari ini menandakan tempoh yang penting dalam sejarah Kelab Bolasepak Antarabangsa Miami.” jelas bekas kapten England itu.

Inter Miami akan melakukan penampilan pertama di MLS pada musim 2020 dan akan menggunakan stadium yang direka khas untuk bola sepak kepunyaan mereka sendiri pada 2021.

Kelab ini dijadualkan bermain pada tahun 2020 di venue sementara sehingga stadium mereka yang memiliki kapasiti 25,000 tempat duduk dan diberi nama “Miami Freedom Park” lengkap setahun selepas itu.

Dikhabarkan beberapa nama pemain bertaraf bintang sudah mula menghubungi Beckham untuk mengetahui potensi bermain dengan mewakili Inter Miami.

Realitinya, pasukan itu memerlukan nama besar untuk melonjakkan penjualan tiket dan menarik minat pihak pemasaran namun Beckham sedar mengenai kepentingan membimbing pasukan dari dalam.

Beliau yang juga merupakan bekas pemain Manchester United merupakan sebahagian daripada graduan ‘Kelas 92’ yang mencipta nama di Manchester dan membantu kelab itu mencipta kejuaraan demi kejuaraan di bawah kendalian Alex Ferguson.

Beckham, bersama Gary dan Phil Neville, Nicky Butt, Paul Scholes dan Ryan Giggs menjadi anak emas United dan pemilik francais MLS ke-25 itu mahu mencipta formula sama di Miami.

“Kami mahu mencapai bintang. Miami perlukan bintang dan sebab itulah kami merancang untuk membawa masuk pemain ternama tapi impian saya adalah mewujudkan akademi yang mana kami akan membimbing kelompok pemain berbakat dan membawa masuk pemain muda seperti di United.” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN