Abu Bakar Fadzim Beri Kata Dua Mengenai Masa Depan Beliau Di PKNP FC

Pasukan PKNP FC jelas menjadi sebuah pasukan yang digemari oleh pengikut Liga Malaysia selepas persembahan memukau mereka sejak dari Liga Premier lagi.

Namun kini sedang menjadi hangat mengenai status mereka sebagai pasukan Liga Super ketika ini.

Dari menjadi pasukan yang mampu memberikan saingan, kini mereka berpotensi untuk menjadi pasukan sokongan kepada Perak.

Menurut laman Berita Harian, walaupun khabar angin itu masih belum lagi menemui kata putusnya tetapi ianya sedikit sebanyak telah mempengaruhi langkah seterusnya bagi pengendali PKNP FC iaitu Abu Bakar Fadzim.

Bakar dikhabarkan memberikan kata dua mengenai masa depan beliau sebagai pengendali pasukan tersebut dengan beliau akan membawa diri seandainya PKNP FC sah menjadi pasukan pembangunan kepada Perak.

Hal ini kerana, seandainya perkara itu menjadi nyata Bakar pastinya kecewa kerana selepas usaha keras beliau selama ini musnah begitu saja.

Ianya selepas Bakar membantu pasukan tersebut sejak dari era Liga FAM, kemudiannya di Liga Premier dan kini di Liga Super.

Ketika di Liga Premier, PKNP FC mencuri tumpuan selepas berjaya mara ke suku akhir Piala Malaysia dalam penampilan pertama mereka dalam kejohanan itu.

PKNP FC player Muhammad Shahrel Fikri celebrate againts Kuantan Fa in FA Cup 2017 match at Stadium Perak,Ipoh on 10 March 2017. Photo by Zulfachri Zulkifli/ www.asiana.my

Fokus Bakar kini terletak kepada persiapan PKNP FC dalam perlawanan menentang Selangor yang akan dilangsungkan pada Hari Malaysia.

PKNP FC kini semakin hampir untuk layak ke suku akhir Piala Malaysia untuk dua tahun berturut-turut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN