Anda masih ingat kisah Bradley Lowery, si cilik yang sangat meminati bola sepak? Kisah mengenai si cilik ini pernah dikongsikan di laman ini tidak lama dahulu.
Anda boleh membacanya di pautan ini: https://semuanyabola.com/kisah-superfan-bola-sepak/
Namun, penyokong muda Sunderland ini telah meninggal dunia pada Julai lalu. Beliau menghadapi penyakit neuroblastoma.
Sepakat
Ibunya, Gemma menubuhkan Bradley Lowery Foundation. Tujuan penubuhan badan amal itu untuk membantu anak-anak yang menghadapi kanser dan inginkan rawatan tetapi tidak mampu mendapatkannya.
Gemma bersama beberapa pemain Sunderland seperti Lee Cattermole dan John O’Shea merasmikan penubuhan badan itu di Stadium of Light.
Penaja jersi hadapan Sunderland dan Everton sudah menerima cadangan untuk tidak menempatkan jenama di bahagian hadapan jersi pemain. Perlawanan antara Sunderland dan Everton ialah dalam Carabao Cup.
Perlawanan ini akan berlangsung pada pagi Khamis, waktu Malaysia.
Pujian
Pujian harus diberikan kepada kedua-dua kelab kerana komited mempromosi badan kebajikan itu. Selain itu, pujian juga kepada harus dituju kepada ibu mendiang Bradley kerana serius membantu ramai pihak yang tidak berkemampuan dalam merawat penyakit kanser.
Sumber:
- BBC Sports (2017): Bradley Lowery: Everton and Sunderland to promote foundation; http://www.bbc.com/sport/football/41313563
- Chronicle Live (2017): Sunderland AFC and Everton to change shirts as Bradley Lowery Foundation is officially launched; http://www.chroniclelive.co.uk/news/north-east-news/sunderland-afc-everton-change-shirts-13639613