5 Perkara Daripada Kejuaraan Liga Super 2017 Oleh JDT

JDT dinobatkan secara rasmi sebagai juara Liga Super Malaysia malam semalam. Berikut adalah 5 perkara yang kami rumuskan tentang pasukan ini musim ini.

1. Quadruple

Ini adalah kejuaraan Liga Super kali ke-4 secara berturut-turut oleh JDT. Menjadikan mereka satu-satunya pasukan yang berjaya melakukannya setakat ini.

Dominasi mereka jelas dengan kualiti pasukan yang mereka miliki, sama ada pasukan utama dan juga pasukan kedua mereka.

Ini adalah cabaran kepada pasukan yang lain pada musim hadapan untuk memberikan saingan yang lebih baik kepada JDT.

2. Ullises Morais

Kehadiran Ullises Morais pada separuh kedua musim ini memberikan impak positif. Memang hakikatnya Benjamin Mora berjaya meletakkan JDT di tangga teratas.

Namun dari segi konsitensi, Morais lebih meyakinkan daripada Benjamin Mora. Secara ratio, Mora mencatatkan ratio yang agak tinggi dengan 0.66 ratio kemenangan per perlawanan.

Tetapi Morais memiliki 0.88 ratio kemenangan per perlawanan. Pemilihan pemain yang lebih meyakinkan oleh Morais degan tidak terlalu bermasalah dari segi pemilihan terlalu ramai pemain di posisi lemah.

Musim hadapan, Morais ada misi yang lebih besar bersama-sama dengan JDT.

3. Pertahanan

Sekali lagi JDT memiliki pertahanan terbaik di Liga M. Sehingga perlawanan ke-20, mereka hanya dibolosi 16 gol. Menjadi satu-satunya dibolosi kurang daripada 20 gol selepas 20 perlawanan.

Mereka berhadapan dengan krisis kecederaan pemain seperti Aidil dan juga Marcos Antonio. Tetapi pemain seperti Fadhli Shas berjaya menggalas tugas dengan baik musim ini. Fadhli Shas antara pertahanan terbaik di Liga Malaysia buat masa ini.

Selain daripada krisis kecederaan pemain, ketiadan Farizal yang digantung oleh AFC berjaya digantikan dengan berkesan oleh Izham Tarmizi.

Izham Tarmizi/JDT – Kredit Gambar: asiana.my

Izham Tarmizi pada awal musim ini juga agak bergelut dengan masalah konsistensi. Namun selepas separuh kedua musim ini, beliau berjaya mendapatkan rentak terbaik sekali lagi.

4. Serangan

Tidak dinafikan mereka telah melakukan bisnes yang baik dengan membeli Ghaddar. Namun, tanpa Ghaddar mereka tetap memiliki pemain seperti Cabrera dan Guerra.

Pada awal musim mereka kehilangan 2 pemain prolifik mereka. JDT mendapatkan Brian Fereirra dan Jernonimo ‘Apace Assassin’ Baralles. Namun 2 pemain ini bergelut dengan sistem permainan JDT.

JDT mempromosi penyerang JDTII Gabriel Guerra yang ternyata satu langkah yang sangat bijak. Ghaddar hadir pada pertengahan musim.

Dari segi persembahan individu, Ghaddar tetap Ghaddar. Namun dari segi permainan berpasukan, kami rasakan Ghaddar masih perlu memperbaiki aspek ini.

Misalnya dalam perlawanan menentang Kelantan semalam, Ghaddar menunjukkan yang beliau tidak begitu komited dengan permainan kombinasi yang digemari oleh Ulisses Morais.

5. Natxo Insa

Ini antara pembelian terbaik mereka musim ini. JDT berhadapan dengan konflik kestabilan di tengah. Kemasukan Natxo memberikan dimensi yang berbeza kepada mereka.

Gambar: JOHOR Southern Tigers

Pemain yang jelas berada di kelas tersendiri. Bijak mengawal ruang dan juga memiliki visi yang tajam.

Beliau menjadi isntrumen penting JDT sejak hari pertama beliau di Larkin. Kehadiran Natxo juag membolehkan Safiq Rahim mendapat peranan bebas sekali lagi sebagai no.8

Tahniah JDT!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN