Pemain tengah Belgium, Adnan Januzaj menafikan dakwaan bahawa beliau mempunyai masalah hubungan dengan rakan sepasukan, Kevin De Bruyne.
Hal ini susulan penyebaran video terjahan keras yang dilakukan De Bruyne keatas Januzaj semasa latihan pasukan baru-baru ini.
Video berdurasi selama 12 saat itu turut menyaksikan tindakan De Bruyne seakan-akan tidak memperdulikan terjahan yang dilakukannya keatas Januzaj.
Insiden itu telah menimbulkan prasangka buruk dikalangan peminat berhubung hubungan antara Januzaj dan De Bruyne.
Bagaimanapun, pemain berusia 23 tahun itu tampil menafikan dakwaan tersebut dan memaklumkan kepada media bahawa tiada niat jahat disebalik insiden itu.
“Insiden itu tidak seburuk yang disangka” katanya.
“Itu hanya sebahagian daripada inisiatif dalam latihan.” ujar Januzaj.
Pengurus pasukan, Roberto Martinez turut mengulas mengenai isu yang dibangkitkan.
“Secara semulajadi, ia menunjukkan kepada anda bahawa ia(terjahan keras) amat penting.”
“Kami berada dalam persediaan awal untuk menangani beberapa perkara kecil(dalam perlawanan), ada perasaan bersaing untuk menang dalam kumpulan.” ujarnya.
Tambahnya lagi, “Anda tidak mahu menyakiti sesiapa tetapi sekarang anda dapat melihat inisiatif dalam latihan yang merupakan inisiatif sebenar dalam perlawanan.” katanya.
“Ia adalah sesuatu yang kita sedang berusaha, tanpa perkara yang tidak dapat dikawal. Ini adalah tempo yang kita perlukan untuk menghadapi perlawanan.”