10 Insiden Kontroversi Yang Pernah Berlaku Antara Celtic & Rangers

Perlawanan antara Celtic dan Rangers atau dikenali sebagai Old Firm Derby merupakan antara salah satu permusuhan yang terhebat di seluruh dunia.

Bukan sahaja kerana bola sepak, permusuhan ini juga terpalit dengan unsur agama dan juga politik.

Sempena pertemuan mereka dalam aksi separuh akhir Scottish League Cup yang berlangsung hari ini. Kami tampilkan 10 insiden kontroversi yang pernah berlaku melibatkan 2 kelab ini!

10. El Hadji Diouf

Diouf seperti yang kita semua kenal adalah penyerang yang sering terlibat dengan pelbagai masalah. Kehadiran beliau ke Rangers menambahkan lagi kepedasan pada permusuhan dua kelab ini.

Diouf mempunyai sejarah sebelum ini dengan penyokong Celtic. Ketika beraksi untuk Liverpool, beliau pernah meludah ke arah penyokong Celtic.

Musuh ketat Diouf di Scotland adalah kapten Celtic iaitu Scott Brown. Mereka saling berbalas caci maki dan juga terjahan.

ScottBrown Diouf

Namun ketika itu, Brown berjaya mengatasi Diouf apabila pemain tersebut menjaringkan gol dan meraikan golnya di hadapan Diouf.

Tetapi Diouf berjaya juga mengatasi Brown apabila Rangers menewaskan Celtic di perlawanan akhir Scottish League Cup. Diouf kemudiannya menjulang piala dengan melakonkan semula gaya keraian gol Brown tersebut.

9. Scottish League Cup 1957

Perlawanan akhir melibatkan 2 musuh tradisi pada 1957 ini ternyata satu peristiwa yang mahu dilupakan oleh penyokong Rangers.

Mana tidaknya, Celtic menang 7-1 ke atas Rangers!

Itupun sudah memadai untuk Rangers. Jika tidak jumlah jaringan boleh menjadi 11-1 kerana 4 percubaan Celtic terkena palang dan tiang!

8. Menggantung patung

Selepas 4 tahun, Celtic dan Rangers kembali bertemu dalam aksi liga buat pertama kali 10 September 2016.

Apa yang berlaku di padang? Celtic menang 5-1 dengan Moussa Dembele menjaringkan hatrik.

Tetapi pertarungan berbalas provokasi antara kedua-dua penyokong lebih menarik.

Penyokong Celtic mencetuskan kontroversi apabila menggantung 2 patung telanjang yang hanya dihiasi dengan skaf Rangers sebagai simbolik ‘mati’ kepada Rangers yang jatuh ke divisyen bawahan akibat masalah kewangan 4 tahun lalu.

cr_mtaiwaaajb4p

Penyokong Rangers yang berang dengan kekalahan memalukan pasukannya dan provokasi tersebut memecahkan tandas di Celtic Park.

7. Helicopter Sunday 2005

Pada hari terakhir liga, juara untuk musim 2004/05 terpaksa ditentukan pada hari terakhir.

Celtic yang mendahului 2 mata dihadapan Rangers hanya memerlukan seri ketika menentang Motherwell. Manakala Ranger memerlukan kemenangan ke atas Hibernian.

Celtic bermula baik apabila mendahului Motherwell. Penyokong Rangers mula resah kerana pasukan mereka tidak menjaringkan gol lagi.

Helikopter yang membawa trofi liga dalam perjalanan ke stadium tempat Celtic beraksi. Namun ia berubah sekelip mata sahaja.

Rangers menjaringkan gol untuk menang 1-0. Dan Celtic dimalukan pada minit-minit akhir oleh Motherwell selepas mereka bolos 2 gol untuk tewas 2-1.

Helikopter mengubah haluannya menuju ke tempat Rangers beraksi dan kejuaraan milik Rangers.

Baca: Helicopter Sunday 2005: Bagaimana Rangers Merampas Takhta Liga Daripada Celtic Dengan Helikopter

6. Neil Lennon vs Ally McCoist

Insiden ini berlaku selepas tamat perlawanan antara kedua-dua pasukan. Ia ibarat icing on the cake kerana dalam perlawanan tersebut 12 kad kuning dilayangkan dan 3 pemain Rangers dibuang padang!

Lennon yang menuju ke arah McCoist untuk berjabat tangan selepas tamat perlawanan bertukar menjadi pergaduhan sebaik saja tangan mereka bersalaman.

Perlawanan yang cukup panas itu diakhiri dengan insiden yang tidak enak di tepi padang.

5. Hugh Dallas

Dallas adalah seorang pengadil yang amat dibenci oleh penyokong Celtic. Hal ini kerana ketika hari terakhir liga, Rangers memenangi kejuaraan di laman Celtic kerananya.

Ketika Rangers mendahului 1-0, Dallas melayangkan kad merah kepada pemain Celtic iaitu Stephen May. Keputusan itu membuatkan penyokong Celtic berang lalu membaling duit syiling kepada Dallas hingga berdarah!

hugh dallas

Seorang penyokong Celtic menyerang Dallas selepas Dallas memberikan penalti kepada Rangers.

Rangers yang menang 3-0 melakukan Celtic Huddle yang merupakan tradisi Celtic selepas perlawanan sebagai tanda provokasi.

4. The Shame Game

Pertarungan terhebat malah yang terburuk dirakamkan pada 1987 dimana 2 pasukan ini terikat dengan seri 2-2.

2 pemain Rangers antaranya kapten England ketika itu iaitu Terry Butcher dibuang padang termasuklah pemain Celtic Frank McAvennie.

Keganasan tidak terhenti disitu. Pergaduhan antara penyokong turut berlaku dan 62 penyokong diberkas oleh pihak polis.

3. Paul Gascoigne

Gascoigne ataupun Gazza antara pemain yang paling dibenci oleh penyokong Celtic. Gazza mencipta kontroversi selepas meraikan gol beliau dalam satu perlawanan persahabatan dengan gaya bermain seruling.

Sumber: Mirror UK

Gaya bermain seruling adalah simbol kepada Orange Order yang merujuk kepada gerakan pro-loyalist yang dibawa oleh penyokong Rangers.

Namun selepas dikecam, Gazza telah pun meminta maaf. Tetapi beliau melakukannya sekali lagi, kali ini dihadapan penyokong Celtic.

Tindakannya itu, membuatkan Gazza menerima banyak ugutan bunuh dari penyokong Celtic.

2. Perang di Hampden

Perlawanan akhir Scottish Cup 1980 dimenangi oleh Celtic dengan jaringan 1-0.

Namun selepas tamat perlawanan, kedua-dua penyokong bergaduh di padang dan membuatkan pihak polis tidak menang tangan untuk menghentikan pergaduhan tersebut.

Pergaduhan tersebut dikaitkan dengan pengunaan alkohol yang melampau di dalam stadium. Justeru, penggunaan alkohol di Scotland diharamkan selepas itu.

1. Mo Johnstone

Johnstone merupakan pemain kesayangan penyokong Celtic. Namun segalanya berubah apabila beliau menyertai Rangers.

Direkrut oleh pemain/pengurus Graeme Souness, Johnstone merupakan pemain Rangers yang pertama dari kalangan penganut Katholik yang bermain dengan Rangers yang sinonim dengan Protestan.

Penyokong Rangers tidak gembira dengan perpindahan ini, malah mereka mengugut untuk memulangkan semula pas bermusim mereka kerana pembelian Johnstone.

Namun Johnstone berjaya menawan hati penyokong Rangers apabila menjaringkan gol minit akhir ketika menentang Celtic yang memberikan gelaran liga kepada Rangers.

mo johnstone

Baca juga: Sejarah Old Firm Derby: Mengapa Celtic Dan Rangers Bermusuh?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN