Penjaga gol Indonesia bawah 20 (B-20), Cahya Supriyadi terpaksa dikejarkan ke hospital menerusi ambulans, setelah pemain tersebut mengalami kecederaan yang agak serius hasil satu insiden perlanggaran sesama rakan pasukan.
Insiden tersebut berlaku pada pertengahan aksi kedua peringkat Kumpulan F kelayakan Piala Asia B-20 di Stadium Gelora Bung Tomo, Indonesia.
Berita lainnya: https://t.co/wddAYjpNoE
Kabar buruk menghampiri Timnas Indonesia U-19 jelang laga pamungkas kualifikasi Piala Asia U-20 2023 kontra Vietnam. Kiper Utama Garuda Nusantara, Cahya Supriadi diragukan tampil karena mengalami cedera di bagian kepala.#IndosiarBerita pic.twitter.com/pZjPH14ijD
— Indosiar (@Indosiar) September 17, 2022
Segalanya bermula pada minit ke-59 ketika penjaga gol tersebut mahu menyelamatkan bola daripada ancaman pelawat sebelum masalah komunikasi berlaku antara beliau dan rakan pertahanan, Rahmat Beri sehingga perlanggaran terjadi.
Cahya bersama pertahanan tersebut jelas mengalami masalah persefahaman untuk menyelamatkan situasi tersebut sehingga kedua pemain itu saling berlanggar antara satu sama lain.
Ketika siaran ulangan ditayangkan kembali, lutut Rahmat Beri jelas terkena di bahagian kepala penjaga gol muda itu sehingga kecederaan serius mula berlaku.
Setelah mendapat rawatan di tengah padang, Cahya terus dikejarkan ke hospital berhampiran menerusi ambulans untuk rawatan lebih lanjut setelah melihat situasi agak teruk.
Ketika itu, keputusan semasa perlawanan masih lagi memihak Indonesia dengan tiga gol sudah pun terhasil daripada tuan rumah untuk mengatasi lawan.
Menyedari Cahya tidak dapat meneruskan perlawanan tersebut sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital, Indonesia telah membuat pertukaran dengan memasukkan penjaga gol gantian, Aditya Arya Nugraha.
Dalam situasi yang berlaku itu, pemain lawan iaitu Hong Kong berjaya memberi semangat kesukanan yang tinggi sehingga mendapat pujian ramai penyokong Indonesia.
Waktu itu juga, para pemain Hong Kong jelas risau dengan keadaan yang melanda Cahya dan mereka turut mendesak agar para petugas medikal memberi rawatan yang cepat kepada penjaga gol itu, serta tidak mengambil masa lama untuk membawa beliau ke hospital menurut CNN Indonesia.
Keputusan penuh perlawanan tersebut menyaksikan Indonesia berjaya meraih kemenangan kedua mereka dengan menewaskan Hong Kong 5-1 di laman sendiri.
Potret aksi perjuangan Tim U-20 Indonesia pada laga kontra Hong Kong. 📸
Fokus tatap laga berikutnya, Garuda Nusantara! 🦅🇮🇩#KitaGaruda #MeraihImpian pic.twitter.com/Y3CHJiuTQf
— PSSI (@PSSI) September 17, 2022
kemenangan tersebut meletakkan Indonesia kini sebagai pasukan pilihan untuk melayakkan diri ke saingan tersebut pada tahun hadapan, setelah tampil dengan aksi permainan dan keputusan perlawanan cukup memberansangkan.
Menurut makluman terbaharu, Cahya dikhabarkan sudah pun tersedar dan berada dalam keadaan yang stabil di hospital.