Martin Odegaard Dianggap Miliki Kemampuan Setanding De Bruyne

Pengurus Brentford, Thomas Frank percaya yang Martin Odegaard memiliki kemampuan yang setanding dengan Kevin De Bruyne berdasarkan aksi dan persembahan yang ditunjukkan oleh bintang Norway itu.

Brentford bakal melayan kunjungan Arsenal pada hujung minggu ini dalam aksi saingan Premier League.

Pengurus Brentford itu tampil menghamburkan pujian menggunung kepada Arsenal dan menganggap skuad kendalian Mikel Arteta itu sebagai pasukan kedua terhebat dalam saingan Premier League, di belakang Manchester City.

Thomas Frank turut memuji kehebatan Martin Odegaard dan menganggap bekas bintang Real Madrid itu setanding Kevin De Bruyne.

Beliau memuji Odegaard kerana teruja melihat persembahan mantap yang dipersembahkan oleh bintang Arsenal itu sejak kebelakangan ini.

Bercakap tentang persediaan skuadnya mahu berdepan Arsenal, Thomas Frank mendedahkan bahawa:

“Kami akan bermain dengan pasukan yang sangat bagus.”

“Ketika kami kalahkan mereka tahun lalu, saya rasa mereka tidak berada di tahap yang sama seperti itu sekarang. Ia kekal menjadi kemenangan paling bermakna untuk Brentford bertemu kelab sebesar Arsenal dan berdepan pemain-pemain berkelas dunia.”

“Untuk sekali lagi melakukan itu jelas sekali sangat sukar kerana bagi saya, selepas Manchester City, mereka adalah pasukan kedua terhebat dalam liga sekarang.”

“Mungkin, secara keseluruhannya, mereka adalah pasukan yang paling berprestasi sejak enam perlawanan pertama musim ini. Saya rasa mereka sangat menakjubkan terutama intensiti permainan mereka sekarang.”

“Saya banyak menonton perlawanan mereka, bukan secara langsung, tapi saya ingat saya duduk di sana menonton aksi perlawanan pembukaan mereka bertemu Crystal Palace.”

“Saya ketika itu berfikir, ‘Wow! itu persembahan di tahap berbeza’. Untuk 20 minit pertama, Crystal Palace tidak menyentuh bola. Dan saya fikir mereka mungkin mampu menjuarai saingan Premier League.”

“Saya rasa mereka sangat hebat. Saya rasa para pemain semakin matang, mereka berjaya dapatkan pemain yang betul.”

Thomas Frank kemudiannya menghamburkan pujian yang menggunung untuk Martin Odegaard atas aksi hebat yang beliau persembahkan.

“Saya tahu (William) Saliba kembali, (Gabriel) Jesus juga menjadi pembelian yang menakjubkan, dan saya rasa Martin Odegaard, cara bagaimana dia bermain pada ketika ini, dia setanding Kevin de Bruyne yang sangat hebat.”

Martin Odegaard tidak dinafikan lagi sememangnya antara pemain terbaik Arsenal dan beliau juga merupakan nadi penting yang membantu The Gunners untuk memimpin carta saingan Premier League pada ketika ini.

Di usia yang masih muda, tidak akan mengejutkan andai Martin Odegaard akan mampu menjadi antara pemain terhebat dalam dunia bola sepak di masa hadapan andai beliau konsisten.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN