Susulan Insiden Di Manjung, Farizal Harun Terima Hukuman Penggantungan Lima Perlawanan

Farizal

Penjaga gol Selangor yang menjadi tumpuan bola sepak tanah air sejak beberapa minggu kebelakangan ini, Farizal Harun telah dijatuhkan hukuman penggantungan lima perlawanan selepas Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersidang hari ini.

Pengumuman hukuman itu dikeluarkan oleh FAM menerusi laman sesawang badan induk persatuan bola sepak itu.

Farizal disabitkan kesalahan melanggar artikel 59 kod tatatertib FAM akibat tumbukan yang dilepaskannya kepada pemain PKNP FC, Mohamad Al-Fateh Mohd Afandi pada pertemuan yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, 18 Mei lalu.

Selain daripada penggantungan tersebut, penjaga gol berusia 33 tahun itu juga turut didenda sebanyak RM5,000.00.

Hukuman tersebut menyebabkan Selangor akan kehilangan khidmat penjaga gol utama itu sebaik sahaja kempen Liga Super kembali bersambung selepas rehat bersempena Hari Raya Aidilfitri.

Farizal bakal terlepas aksi bertemu Kuala Lumpur (15 Jun), Johor Darul Ta’zim (19 Jun), Pahang (25 Jun), Felda United dan Perak.

Ketiadaan Farizal pasti memberikan ruang buat penjaga gol simpanan, Khairulazhan Khalid untuk membalas kepercayaan diberikan ketua jurulatih, B. Satiananthan kelak.

Kredit foto: FA Selangor

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN