Inilah ‘Squad Depth’ England Yang Buat Southgate ‘Pening’ Pilih Pemain Terbaik

England Gareth Southgate

Kemenangan England ke atas Wales dan Belgium tempoh hari mungkin cukup menggembirakan pengurus pasukan, Gareth Southgate sekalipun beliau telah menyenaraikan beberapa muka baharu dalam dua perlawanan tersebut.

Dominic Calvert-Lewin, Conor Coady dan Danny Ings masing-masing meledak gol pertama mereka di peringkat antarabangsa dalam perlawanan persahabatan menentang Wales yang berlangsung pada Khamis.

Kemudian Mason Mount turut menyerlah menjaringkan gol kemenangan ketika menundukkan Belgium dalam saingan Liga Negara-Negara Eropah pada Sabtu.

Dalam beberapa panggilan antarabangsa untuk beberapa tahun kebelakangan ini, jurulatih berusia 50 tahun itu konsisten dengan prinsipnya dengan menyenaraikan pemain yang berada pada prestasi terbaik sahaja untuk beraksi bersama skuad kebangsaan.

Antaranya adalah Dean Henderson, Fikayo Tomori, Tammy Abraham, Phil Foden, Mason Greenwood, Coady, James Maddison, Callum Hudson-Odoi, Mason Mount, Harvey Barnes, Jack Grealish, Callum Wilson, Calvert Lewin, Kalvin Phillips, Reece James, Tyrone Mings, Ainsley Maitland-Niles dan Bukayo Saka.

Kebanyakan pemain-pemain tersebut menyerlah apabila diberi peluang diturunkan. Dari satu sudut ianya merupakan satu perkembangan positif kerana England mempunyai kedalaman skuad (squad depth) yang cukup berkualiti untuk setiap perlawanan.

Bagaimanapun ianya satu cabaran buat Southgate yang berdepan dilema setiap kali perlu memilih pemain terbaik bagi disenaraikan bersama England untuk setiap tugasan antarabangsa terutamanya kejohanan EURO yang bakal berlangsung pada tahun hadapan.

Serangan

Calvert-Lewin yang ‘meletup’ di awal musim ini baru sahaja memenangi anugerah Pemain Terbaik EPL bagi bulan September dan usianya pula baru sahaja mencecah 23 tahun. Dengan prestasi Harry Kane juga masih di tahap terbaik, England juga mempunyai Vardy, Abraham, Ings dan Wilson di posisi penyerang utama.

Tidak lupa juga kepada beberapa pemain muda yang semakin menyerlah seperti Eddie Nketiah, Rhian Brewster dan Samm Surridge. Di bahagian sayap menyerang pula beberapa pemain muda seperti Greenwood, Barnes, Saka, Maitland Niles dan Hudson-Odoi telah menunjukkan ‘belang’ mereka. Ia bermakna beberapa pemain utama seperti Marcus Rashford, Raheem Sterling, Jadon Sancho tidak boleh terlalu selesa jika mahu terus disenaraikan.

Beberapa pemain sayap muda lain pastinya juga menunggu peluang untuk dipanggil seperti Ademola Lookman, Demarai Gray, Reiss Nelson, Dwight McNeill, Ryan Sessegnon dan Todd Cantwell.

Tengah

Bahagian tengah pula mungkin menjadi posisi yang paling ‘kritikal’ buat Southgate untuk membuat pilihan. Deretan pemain muda seperti Grealish, Maddison, Mount, Phillips, Declan Rice, dan Harry Winks telah pun menjadi ancaman buat beberapa pemain ‘senior’.

Maka Jordan Henderson, Dele Alli, Jesse Lingard, Fabian Delph, Rose Barkley, James Ward-Prowse dan Alex Oxlade-Chamberlain tentunya perlu bekerja keras untuk terus mendapat tempat dalam pasukan. Southgate juga boleh memilih beberapa pemain muda lain seperti Jude Bellingham, Hamza Choudhury, Tom Davies, Curtis Jones, Morgan Gibbs-White, Joe Willock, Oliver Skipp, Emille Smith Roew, Kieran Dowell dan Lewis Cook.

Pertahanan

Tidak kurang juga persaingan di posisi bek kanan yang menyaksikan tiada pemain yang terlalu dominan. Berdasarkan prestasi semasa, mungkin Trent Alexander-Arnold merupakan pemain paling menyerlah untuk mengisi posisi tersebut.

Namun di sana masih ada Kyle Walker dan Kieran Trippier yang juga masih pilihan utama di kelab masing-masing. Kemudian beberapa pemain muda seperti Aaron Wan-Bissaka, Reece James, Tariq Lamptey, Jonjo Kenny, James Justin dan Max Aarons turut mengintai peluang untuk merebut posisi berkenaan.

Posisi pertahanan kiri pula kini mungkin tertumpu kepada Ben Chilwell dan Luke Shaw. Pemain lain seperti Danny Rose dan Ashley Young mungkin bukan lagi pilihan buat Southgate atas faktor umur. Tetapi England masih ada beberapa pemain berpengalaman lain untuk disenaraikan seperti Ryan Bertrand dan Aaron Creswell.

Dua pemain muda iaitu Saka dan Brandon Williams juga berpeluang untuk disenaraikan berdasarkan prestasi semasa mereka di kelab masing-masing.

Untuk posisi pertahanan tengah pula, Harry Maguire, Michael Keane, Eric Dier, Joe Gomez dan Mings mungkin pilihan utama untuk disenaraikan buat masa sekarang. Tetapi pemain lain seperti Coady, John Stones, James Trakowski, Ben Mee, Alfie Mawson, Chris Smalling, dan Lewis Dunk juga boleh dipertimbangkan.

Kehadiran pemain muda seperti Tomori, Dael Fry, Ben White, Axel Tuanzebe dan Ben Godfrey menambah pilihan yang ada untuk Southgate.

Penjaga gol

Posisi penjaga gol utama buat masa ini merupakan milik Jordan Pickford. Pemain lain yang kerap dipanggil sejak kebelakangan ini adalah Dean Henderson dan Nick Pope. Namun begitu, Jack Butland dan Alex McCarthy juga berpeluang untuk disenaraikan di samping dua penjaga gol veteren iaitu Tom Heaton dan Joe Hart.

Penutup

Dengan senarai pemain di atas, ia menunjukkan bukan mudah tugasan seorang jurulatih skuad kebangsaan terutamanya dalam memastikan pemain yang dipilih mampu menghasilkan keputusan terbaik. Apatah lagi apabila ia melibatkan ‘maruah’ negara. Southgate yang telah memegang jawatan pengurus England secara rasmi sejak November 2016 dan boleh dikatakan beliau telah melaksanakan tugasannya dengan cukup baik. Dalam 40 perlawanan yang dikendalikannya, beliau telah merekodkan 26 kemenangan, enam seri dan lapan kekalahan. Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab beliau untuk memilih pemain terbaik untuk berada dalam pasukannya. Menjadi impian buat mana-mana pemain bola sepak untuk mewakili negara mereka di pentas antarabangsa. Maka tugas seorang pemain adalah untuk memastikan dirinya berada pada prestasi terbaik sepanjang musim dan lebih penting lagi adalah mengelak daripada berlaku kecederaan. 

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Inggeris:

‘Turunkan Kami Berdua’ – Mount Yakin Serasi Main Bersama Grealish Untuk England

Paul Scholes Dilantik Pengurus Sementara Salford City

Arsene Wenger ‘Ajar’ Arteta Cara Untuk Guna Pemain Seperti Mesut Ozil

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN