Inilah Sebab Kenapa Pep Guardiola Ceramah Pemain Man City Di Tengah Padang

Pep Guardiola

Selepas aksi UEFA Champions League (UCL) melibatkan RB Leipzig dan Manchester City, Pep Guardiola telah melakukan tindakan yang menarik perhatian ramai.

Pengendali City itu dilihat menahan para pemainnya diatas padang selepas tamat perlawanan dan memberikan ceramah kepada mereka.

Tindakan itu berlaku selepas City hanya mampu seri menentang Leipzig di Jerman dengan jaringa 1-1.

Menurut laman ESPN, Guardiola sebenarnya melakukan tindakan tersebut kerana ingin memberikan semangat kepada para pemainnya yang ‘lemau’ selepas wisel penamat ditiupkan.

Jelas sekali, para pemain City tampak kecewa selepas berjaya menguasai perlawanan dengan baik namun gagal membawa pulang bekalan selesa ke Etihad untuk aksi timbal balik.

“Motivasi mereka menurun. Saya tanya mereka kenapa nak kecewa? Kamu semua sepatutnya tetap bersemangat kerana gaya permainan kamu cukup baik. Kalau orang tak suka pun tak mengapa.

“Perlawanan tadi cukup baik. Kami bermain dengan cukup baik. Secara umumnya, kami tidak ada pasukan yang boleh bertarung dari segi transisi, mereka [Leipzig] lebih pantas dan lincah.

Kata Guardiola lagi, Leipzig adalah pasukan yang sukar untuk dibendung jadi perlawanan di Manchester adalah terbuka bagi kedua-dua pasukan.

“Kami tidak ada kelajuan [yang diperlukan untuk menang]. Kami mempunyai kawalan yang baik pada separuh masa pertama, ketika situasi bola mati pun kita begitu hampir [mendapatkan gol].

“Kita ada perlawanan di Manchester dan kita akan lihat siapa akan menang,” tambah Guardiola lagi.

City bermain dengan baik dan berjaya memperoleh gol pendahuluan menerusi Riyad Mahrez.

Akan tetapi, Josko Gvardiol menyamakan kedudukan untuk menjadikan aksi diantara kedua-dua kelab ini satu-satunya perlawanan pertama pusingan 16 terakhir UCL musim ini yang mencatatkan keputusan seri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN