“Inilah Masalah Komuniti LGBTQ” – Idrissa Gueye Terlepas Perlawanan PSG, Dipercayai Enggan Sarung Jersi Tema Pelangi

Idrissa Gueye PSG LGBTQ

Idrissa Gueye tidak turun beraksi ketika Paris Saint-Germain (PSG) menang ke atas Montpellier pada Sabtu kerana dipercayai kerana tidak mahu menyarung jersi yang mempunyai ciri bendera pelangi.

Bendera pelangi merupakan simbol gerakan LGBTQ+ yang kononnya memperjuangkan hak asasi mereka dan ia jelas bertentangan dengan pegangan pemain tengah Senegal tersebut sebagai seorang Muslim.

Ketiadaan Gueye ketika kunjungan ke Stade de la Masson telah menimbulkan tanda tanya memandangkan beliau tidak termasuk dalam senarai pemain yang mengalami kecederaan.

Semua perlawanan Ligue 1 pada minggu lalu telah menampilkan tema pelangi pada nombor jersi dan juga lilitan kapten bersempena dengan Hari Antarabangsa Menentang Homophobia, Biphobia dan Transphobia pada 17 Mei.

“Pada Hari Menentang Homophobia Sedunia, jersi kami akan mempunyai bendera pelangi, simbol kepada keamanan dan kepelbagaian gerakan LGBT,” ciap PSG dalam akaun media sosialnya.

Musim lalu, Gueye turut terlepas perlawanan ketika tema LGBTQ+ ini diperkenalkan pada jersi pasukan, namun wakil pemain berkenaan menafikan bahawa ketiadaannya adalah kerana tindakan boikot, tetapi disebababkan “hal peribadi”.

Namun terdapat media Perancis yang mendakwa ketiadaannya untuk dua musim berturut-turut ketika kempen yang sama dijalankan bukan disebabkan masalah kesihatan.

Perkara tersebut mendapat perhatian seorang pengguna media sosial yang mempertahankan Gueye. Baginya tidak wajar untuk seseorang ‘diperangkap’ atau ‘dipaksa’ melakukan perkara yang bersalahan dengan kepercayaan agamanya.

“Jika dia tak mahu pakai, tiada masalah, tak perlu paksa. Inilah isunya dengan komuniti LGBTQ, sentiasa nak paksa orang lain buat apa yang mereka tak mahu lakukan.”

https://twitter.com/_DonZizou/status/1526149558694293505?s=20&t=QfADFMUV16kuJk4WumvVsA

Bukan hanya pemain beragama Islam sahaja yang tidak mahu terpalit dengan mempromosi gerakan tersebut, sebelum ini, bekas pertahanan Liverpool, Dejan Lovren juga pernah menyatakan tentangannya terhadap kempen menormalisasikan LGBTQ+ dalam komuniti bola sepak.

Lovren telah bertindak menghentikan langganan Disney+ disebabkan khidmat penstriman tersebut menyokong gerakan LGBTQ+.

Lovren Jadi Sasaran Kecaman Penyokong Liverpool Kerana Menentang LBGTQ+

“Baru saja menamatkan langganan saya di Disney+. Disney menjijikan,” kata Lovren di hantaran Twitternya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN