Inilah Cara Hakan Calhanoglu Menajamkan Ketepatan Sepakan Percumanya

Kami pernah menulis artikel 10 pakar sepakan percuma terbaik di Eropah. Dalam artikel tersebut, kami menyusun ranking tersebut berdasarkan peratusan conversion rate sejak musim 2013/2014.

Dan bagi peminat Hakan Calhanoglu, mereka pasti kecewa melihat Calhanoglu hanya berada di tempat ke-9 dalam senarai tersebut.

Tetapi berdasarkan jumlah gol yang dijaringkan, Hakan Calhanoglu adalah pemain paling banyak menjaringkan gol daripada sepakan percuma sejak 2013 dengan 11 gol (ketika artikel itu ditulis).

Reputasi Calhanoglu sebagai pakar sepakan percuma mula terserlah dari zamannya ketika bermain untuk Hamburg SV lagi.

Tetapi gol sepakan percuma dari jarak 41 meter ketika menentang Borussi Dortmund membuatkan nama beliau mula popular sebagai pakar sepakan percuma.

Siapa yang boleh lupakan gol ini? Apa yang pasti Roman Weidenfeller pasti takkan dapat lupakannya.

Bak kata pepatah, usaha tangga kejayaan. Tanpa usaha keras dalam sesi latihan, Calhanoglu tidak mungkin mampu mengukir nama sebagai pakar sepakan percuma terbaik dalam perlawanan.

Dalam latihan musim sejuk Bayer Leverkusen di Florida, Amerika Syarikat, Calhanoglu dirakam berlatih mempertajamkan ketepatan sepakan percumanya dengan penjaga gol, Bernd Leno.

Apa yang mengagumkan dalam video di atas adalah konsistensi sepakan percumanya yang sentiasa menepati sasaran atau on target.

Daripada 20 sepakan percuma yang diambil, Calhanoglu berjaya menjaringkan 8 gol. 8 lagi sepakannya berjaya diselamatkan oleh Leno dan 4 daripadanya singgah ke palang atau tiang.

Ini bermakna, conversion rate sepakan percuma Calhanoglu dalam latihan tersebut adalah sebanyak 40%.

Tak hairanlah, sepakan percuma Calhanoglu adalah satu-satunya gol sepakan percuma yang gagal diselamatkan oleh Manuel Neuer sepanjang 9 musim Neuer bermain dalam Bundesliga.

Dan tak hairan jugalah, FIFA 16 memberi stats sebegini kepadanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN