Bekas bintang Barcelona, Andres Iniesta berpeluang membuat penampilan sulungnya di Liga-J minggu ini apabila kelabnya, Vissel Kobe menanti kunjungan Shonan Bellmare.
Pemain berusia 34 tahun itu menghabiskan 16 tahun bersama juara Sepanyol, Barcelona di mana dia memenangi sembilan gelaran La Liga, empat Liga Juara-Juara, enam Piala Raja Sepanyol sebelum menyertai Kobe, Mei lalu.
Pegawai rasmi Kobe berkata, Iniesta mungkin menyertai rakan sepasukan barunya di pusat latihan, Jumaat ini sebelum perlawanan pada Ahad, lapor agensi berita Kyodo.
📸 | @andresiniesta8 have landed safely in Japan 🇯🇵. He is expected to debut for Vissel Kobe on Sunday. Good luck for the future Leyenda!pic.twitter.com/quEhtlsne6
— BarçaTimes (@BarcaTimes) July 18, 2018
“Ia perjalanan yang panjang tetapi saya cukup gembira untuk datang ke Jepun. Saya teruja untuk bermain bersama dengan rakan sepasukan saya di Vissel,” lapor Kyoto memetik kata-kata Iniesta selepas bintang itu tiba di Lapangan Terbang Kansai dan diraikan lebih 300 peminat.
“Saya mahu bermain secepat yang mungkin. Saya akan berada dalam keadaan terbaik pada Ahad, dan saya harap untuk menunjukkan kepada peminat permainan yang hebat.”
Iniesta akan bergandingan bersama bekas pemain antarabangsa Jerman, Lukas Podolski di Kobe dan akan menggunakan nombor jersi lapan yang digunakannya di Barca.
https://twitter.com/LeonBarcelona10/status/1019379313102151680
Dia akan cuba untuk membantu Kobe, yang ketika ini menghuni tangga keenam liga selepas 15 perlawanan memenangi kejuaraan Jepun pertamanya.
Pencapaian terbaik kelab itu adalah di tangga ketujuh pada 2016.
Iniesta yang menjaringkan gol kemenangan di final Piala Dunia 2010 mengumumkan persaraannya dari pentas antarabangsa selepas Sepanyol tewas mengejut kepada tuan rumah, Russia di Piala Dunia, awal bulan ini.