Lopetegui Tekankan Taktikal Moden Dalam Sesi Pertama

Julen Lopetegui memulakan sesi latihan taktikal pertama dengan Real Madrid. Fokus beliau adalah membentuk pasukan yang lebih bermain bola ataupun ball playing.

Dikatakan pada sesi pertama itu para pemain diminta melakukan sebanyak mana sentuhan pada bola yang mungkin.

Real Madrid dikenali dengan pasukan yang agak direct di bawah kendalian Zinedine Zidane. Hal itu diakui sendiri oleh Zidane selepas tamat musim lalu.

Zidane
KIEV, UKRAINE – MAY 25: Zinedine Zidane, Manager of Real Madrid looks on during a Real Madrid training session ahead of the UEFA Champions League Final against Liverpool at NSC Olimpiyskiy Stadium on May 25, 2018 in Kiev, Ukraine. (Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

Zidane berkata dia bukanlah pakar taktikal moden dan dia cuba menggunakan pendekatan lebih selamat dalam bola sepak. Gaya permainan Real Madrid lebih menekankan struktur dan kompak di pertahanan.

Namun begitu Zidane berjaya memberikan kejayaan besar kepada Real Madrid ketika beliau mengendalikan kelab tersebut.

Lopetegui memang dikenali dengan gemar menggunakan prinsip taktikal berasaskan binaan serangan daripada bawah. Itu yang beliau lakukan ketika mengendalikan skuad kebangsaan Sepanyol.

Fokus dalam latihan beliau adalah latihan fizikal dan latihan banyak dengan bola.

Beberapa pemain remaja Real Madrid turut serta dalam latihan ini termasuk Feuillassier, Dani Fernandez Seoane, dan juga pemain baru, Alvaro Odriozol.

Musim hadapan adalah musim pertama Real Madrid bersama Lopetegui dan sudah pastinya tumpuan ke arah corak permainan Real Madrid pada era baru di bawah kendalian beliau.

Real Madrid kehilangan khidmat Cristiano Ronaldo dan kini sedang mencari penggempur baru untuk dibawa masuk. Antara nama yang terus dikaitkan ialah Eden Hazard.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN