Minggu yang agak panas untuk Maradona dalam lawatan beliau ke India. Dilaporkan beliau telah bertengkar dengan setiausaha beliau dan menampar Sergio Batista.
Maradona dikatakan bengang dengan jadual yang disediakan Batista dalam lawatan beliau. Maradona menolak untuk bermain dalam perlawanan amal Maradona XI vs Sourav Ganguly XI di Aditya Birla Sports Complex.
Beliau hanya datang untuk memberikan ceramah dalam bengkel bola sepak. Maradona tidak ada persediaan untuk bermain bola sepak.
Selepas itu, satu tugu Maradona dipersembahkan kepada umum di Kolkata yang turut dirasmikan oleh beliau sendiri. Dan Maradona pasti merasa mahu menampar orang yang membuat tugu beliau selepas itu.
Dan ini lah dia!
Tugu tersebut kini dikatakan telah memintas populariti tugu Ronaldo di Madeira untuk kategori tugu yang ‘tersasar’.
Ia telah menjadi bahan hiburan di twitter semalam. Ada yang merasakan ia lebih mirip kepada Susan Boyle.
https://twitter.com/Darrah88/status/940349826478280705
Siapa agaknya yang membuat tugu ini?
They must've hired the same guy who made this Ronaldo statue. 😂😂😂 pic.twitter.com/i4E5tUDMc2
— Reuben Kazembe (@Reuben_Kaz) December 8, 2017
Yang ini agak mirip
https://twitter.com/Ryan_Murray_2/status/940549769193316352
Roy Hodgson?
Genuinely thought this was a statue of Roy Hodgson…
…it's Diego Maradona… pic.twitter.com/V9NAVJMdop
— The Sack Race (@thesackrace) December 12, 2017
Kami berharap pembuat tugu ini tidak gatal-gatal mencuba membuat tugu Gattuso jika legenda AC Milan itu berkunjung ke India.
Tapi mujurlah ada beberapa tugu Maradona yang lain tetap nampak cantik dan mengancam.