Ahli Politik Ini Sekali Lagi Ponteng Kerja Kerana Tugas Part-Time Menjaga Garisan

Tahun lalu, kami ada menyiarkan gelagat seorang ahli politik Scotland yang menyahut panggilan menjadi pembantu pengadil. Itu pun anda masih ingat.

Jika anda terlupa, kami boleh berikan peluang anda membacanya sekali lagi pada pautan ini:

Pembantu Pengadil Ini ‘Diberikan Kad Merah’ Oleh Dewan Parlimen Scotland!

Tetapi, setelah namanya terkenal setahun lalu. Akhirnya Douglas Ross bakal mengetepikan kerjaya separuh masanya. Beliau terus fokus kepada kerjaya yang utama/sepenuh masa, menjadi ahli parlimen!

Dipilih ke Dewan Rakyat

Douglas Ross, ahli parlimen Moray di Scotland. Sumber: Telegraph.

Sebelum ini, beliau menjadi ahli Parlimen Scotland. Parlimen Scotland sebenarnya mirip Dewan Undangan Negeri jika di Malaysia.

Pertengahan tahun ini, Perdana Menteri Britain, Theresa May mengambil keputusan untuk membubarkan Dewan Rakyat. Kemudiannya, Pilihan Raya Umum diadakan.

Douglas Ross mewakili partinya, Konservatif untuk menjadi calon bagi kawasan Moray. Pada Pilihan Raya Umum 2015, beliau tewas dalam perebutan kerusi tersebut. Sebenarnya, pada Pilihan Raya Umum 2010 pun, beliau juga menjadi calon parti tersebut di kerusi yang sama.

Namun kali ini, beliau menewaskan nama besar dari Parti Kebangsaan Scotland (SNP), Angus Robertson. Uniknya, beliau tiga kali mencuba untuk menewaskan Angus Robertson sejak 2010. Barulah 2017 penduduk Moray memberikan peluang kepada Douglas Ross.

Buat hal lagi

Jika tahun lalu beliau menyahut seruan bertugas di padang bola dan namanya menjadi sebutan. Tahun ini sekali lagi Douglas mengulanginya.

Segalanya terbongkar apabila beliau tidak menghadiri perdebatan dan undian di Dewan Rakyat Britain. Pada ketika itu, beliau bertugas sebagai pembantu pengadil untuk perlawanan UEFA Champions League antara Barcelona menentang Olympiakos.

Ketidakhadiran Douglas mengundang kecaman ahli-ahli politik parti pembangkang. Malah, ada seorang ahli parlimen daripada Parti Kebangsaan Scotland siap memerli Perdana Menteri, Theresa May dalam sesi soal jawab. Dengan menggunakan kad merah!

Menolak panggilan

Douglas Ross (tengah) ketika bertugas dalam perlawanan UEFA Champions League. Sumber: Telegraph.

Douglas Ross memutuskan untuk tidak menerima panggilan untuk menjadi pembantu pengadil sekiranya Dewan Rakyat masih dalam persidangan. Ini kerana beliau dikecam ramai pihak dan ditegur oleh ahli politik senior partinya sendiri,

Beliau dengan rasa berat hati bahawa tidak akan menerima panggilan sebagai pengadil untuk Piala Dunia 2018 di Rusia. Malah, Dewan Rakyat masih dijadualkan bersidang sewaktu kejohanan tersebut.

Tidak pastilah mereka akan memberikan kekecualian kepada Douglas. Sekurang-kurangnya kelibatnya di tepi padang boleh menjadi kebanggaan bagi mereka.

Beliau seringkali berada di Moray dengan menyantuni penduduk. Ia sendiri oleh dibuktikan oleh jawatankuasa parti Konservatif di kawasan tersebut.

Selepas dipilih ke Dewan Rakyat, beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Scotland bagi menumpukan tugas yang peringkat lebih tinggi.

Payah betul Douglas nak mencari alasan sebab kerja dia ni berpublisiti tinggi. Untuk pengetahuan pembaca semuanyaBOLA, Douglas menjadi penjaga garisan kerana minatnya yang mendalam, bukannya kerana bayaran lumayan.

Douglas boleh sahaja memilih untuk duduk di rumah bersama keluarga sambil menonton bola sepak di kerusi sofa mewah beliau. Tetapi dah minat, nak buat macamana.

Memang ramai penjaga garisan yang bukan sepenuh masa, cuma untuk orang seperti Douglas Ross, benda ini agak rumit.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN