Ini Senarai Pemain Tumpuan Malaysia B-23 Untuk Aksi Bertemu Uzbekistan

Malaysia bawah 23 (B-23) akhirnya bakal menghadapi perlawanan pertama mereka untuk saingan Piala Asia B-23 yang akan berlangsung hari ini dengan Uzbekistan menjadi cabaran skuad kendalian Juan Torres Garrido.

Setelah beberapa minggu mengharungi pelbagai persiapan, kini tiba masanya untuk Malaysia B-23 membuktikan segala termampu pada aksi sulung yang akan berlangsung di Stadium Antarabangsa Khalifa hari ini.

Atas kertas, kelebihan mungkin lebih berpihak kepada Uzbekistan yang memiliki reputasi lebih gah di pentas antarabangsa jika dibandingkan Harimau Malaya B-23.

Namun, Garrido pastinya memiliki percaturan tersendiri untuk memastikan para pemainnya mampu mencipta kejutan mengatasi cabaran lawan sekali gus mendapatkan tiga mata sulung di bumi Qatar.

Menerusi beberapa aksi persahabatan dihadapi Malaysia lalu ketika berdepan India, China, dan Qatar, pastinya pengendali berpengalaman berkenaan sudah mengenal pasti senarai kesebelasan utama di pentas Piala Asia.

Menerusi rantaian pemain yang dibawa ke sana, dijangka tiga pemain utama Malaysia B-23 bakal diberi peranan cukup penting untuk mengatasi cabaran Uzbekistan.

Harith Haiqal Afkar (Pertahanan)

Harith Haiqal dijangka bakal menjadi antara pilihan utama Garrido pada aksi hari ini untuk mengetuai barisan pertahanan skuad kebangsaan B-23 berdepan Uzbekistan.

Harith seperti diketahui merupakan antara pertahanan muda cukup berpotensi dan sudah pun membuktikan kewibawaan beliau di posisi pertahanan tengah menerusi bacaan bola tepat serta kekuatan fizikal miliknya.

Selain itu, Harith juga memiliki keupayaan cukup baik untuk meledak gol menerusi tandukan berbisa serta kebolehan melepaskan rembatan deras dari jarak jauh.

Noaa Laine (Tengah)

Pemain tengah negara ini boleh dianggap sebagai antara paling berpengalaman kini bersama skuad B-23 Harimau Malaya menerusi rekod telah dicatat beliau sebelum itu di pentas antarabangsa.

Nooa bukan sahaja memiliki pengalaman beraksi di pentas Eropah, malah beliau juga sudah pun mencipta beberapa penampilan sebelum itu bersama skuad senior kebangsaan bawah kendalian Kim Pan-gon.

Memiliki kelebihan untuk beraksi di beberapa posisi tengah termasuk membantu serangan, pastinya Garrido ingin menggunakan kreativiti Nooa untuk mengimbangi penguasaan pasukan lawan hari ini.

Fergus Tierney (Penyerang)

Penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim II (JDT II) ini tidak lagi perlu diperkenalkan dengan lebih jauh selepas beliau sudah pun membuktikan keupayaannya bersama skuad B-23 pada tahun lalu lagi.

Terkenal dengan kekuatan fizikal serta bijak menyudahkan setiap peluang walaupun berada di sudut sukar, kelebihan Tierney pastinya ingin digunakan untuk menghadapi pertahanan Uzbekistan yang dianggap cukup keras.

Selain itu, Tierney juga memiliki keupayaan daripada segi gelecekan serta mampu membuka peluang serangan buat rakan sepasukan lain untuk membuktikan sesuatu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN