Ini Sebenarnya Ungkapan Theerathon Ketika Mengelak Bercakap Kepada Media Malaysia

Theerathon Bumnathan Thailand Media Malaysia

Malam tadi, selepas perlawanan berakhir, kapten Thailand, Theerathon Bunmathan cuba didekati media dari Malaysia, tetapi beliau telah mengelak.

Malah, selain Theerathon, pemain-pemain lain sebelum itu juga secara terangan mengelak memberi sebarang komen kepada media Malaysia.

Bek kiri berusia 32 tahun itu dilihat hanya bertemu dengan media Thailand dan memberikan jawapan balas dalam bahasa Thailand. Ini sedikit mengejutkan melihat reaksi pemain-pemain Thailand selepas tewas 0-1 kepada Malaysia dalam aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022.

Jaringan tunggal Faisal Halim berhasil memisahkan kedua-dua pasukan.

Piala AFF 2022: ‘Birthday Boy’ Faisal Halim Hadiahkan Kemenangan Buat Malaysia

Bermain di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Thailand dilihat menguasai sepenuhnya permainan, namun buntu untuk meledak sebarang gol.

Ia berpunca daripada permainan kemas dan tangkas oleh barisan benteng berlima yang diterapkan pengendali, Kim Pan-gon diketuai Brendan Gan.

Keperwiraan Brendan Gan dalam memastikan benteng skuad negara tidak dibocori mungkin menjadi punca kepada reaksi negatif pemain lawan.

Malah, selepas aksi berakhir, pemain Thailand dilihat terus memasuki ke bilik persalinan tanpa bertemu dengan pemain-pemain Malaysia.

Menguasai lebih 70 peratus permainan dan melakukan lebih 20 percubaan, namun kemenangan menjadi milik lawan, siapa yang tidak rasa kecewa!

Apa ungkapkan Theerathon kepada media Thailand sejurus perlawanan berakhir? Ini merupakan antara kata-katanya yang tidak mahu diulasnya semula dalam Bahasa Inggeris selepas itu apabila diminta pihak media.

Kami sebenarnya menguasai perlawanan. Kami memiliki peluang untuk mengakhiri perlawanan dengan jaringan gol tetapi penyudah kami belum cukup tajam,” katanya sebagai pembuka bicara kepada media mereka.

Kami kurang melakukan kesilapan [dalam perlawanan]. Satu perkara yang kurang adalah kami melepaskan gol. Selain daripada itu, kami menguasai aksi. Hanya 1-0, saya percaya kami akan bangkit di halaman sendiri. Saya percaya kami boleh menang dalam aksi kedua nanti,jelasnya lanjut.

Mungkin reaksinya dilihat biadap, tetapi kita tidak boleh menyalahkannya yang mungkin masih lagi dihantui rasa kecewa dan tegang selepas aksi.

Beliau menjadi mangsa balingan objek oleh sekelompok kecil penyokong Malaysia ketika mahu mengambil sepakan penjuru di babak kedua.

Selain itu, hasil semakan di media sosial pemain tersebut, beliau ada menyampaikan pesanan buat para penyokong Thailand untuk aksi kedua.

Jumpa anda semua di perlawanan kedua di ‘rumah’ kita. Ayuh penuhkan stadium dengan penyokong kita. Kami belum mahu mengalah,” titipnya.

Perlawanan kedua Malaysia dan Thailand akan berlangsung di Stadium Thammasat pada Selasa ini. Dan tentunya mereka mahukan penyokong Thailand untuk menghadirkan rasa gerun kepada barisan pemain Malaysia seperti mana yang mereka lalui di SNBJ dalam pertembungan malam tadi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN