Ini Sebab Raja Imran Shah Wajar Dicontohi Ramai Pemain Bola Sepak Profesional

Raja Imran Shah sebenarnya wajar dijadikan contoh terbaik buat mana-mana pemain bola sepak di Malaysia yang memikirkan masa depan seusai karier mereka tamat di atas padang suatu hari nanti.

Tatkala kebanyakan pemain begitu fokus kepada sukan tersebut untuk membina karier masing-masing sejak awal sehingga ada yang mengabaikan pelajaran, perkara tersebut tidak berlaku buat Raja Imran Shah.

Menerusi kenyataan Raja Imran pada perkongsian video Liga Bolasepak Malaysia (MFL), beliau kini masih lagi bergelar pelajar separuh masa dalam jurusan Undang-Undang untuk Ijazah Sarjana Muda selain sibuk selaku pemain bola sepak profesional.

Raja Imran yang beraksi bersama Perak pada tahun lalu telah pun diberi peluang beraksi sebanyak 19 perlawanan di pentas Liga Malaysia (Liga M) dengan satu bantuan gol turut dicipta beliau.

Menerusi perkongsian video tersebut, Raja Imran mengakui beliau masih lagi menyambung pelajarannya dalam jurusan Undang-Undang dan mengakui ia sangat penting.

“Ya, sekarang saya masih sambung belajar. Saya buat Undang-Undang sebagai pelajar separuh masa kini. Bagi saya pelajaran itu penting, tak kisahlah buat pemain bola atau orang biasa.

“Tapi ia adalah satu pilihan bagi saya lepas karier saya berakhir, dan walaupun bola sepak adalah cita-cita dan impian besar bagi saya, tapi suatu hari nanti InsyaAllah kalau saya boleh jadi seorang peguam dan itu merupakan suatu impian lagi besar buat saya.

“Saya pilih Undang-Undang kerana saya boleh ceburi bidang lain jika satu hari nanti saya tidak lagi menjadi pemain bola sepak dan boleh sertai banyak industri.

“Dan ini adalah salah satu faktor, tetapi bagi saya untuk menghabiskan pelajaran itu sangat penting. Memang susah, untuk seimbangkan karier bola sepak dan pelajaran.

“Tetap ya, saya kena berusaha sehabis baik juga kerana masa hadapan lebih penting dan mungkin suatu hari nanti saya akan kekal dalam bidang bola sepak, tetapi jika tidak, saya sudah ada pilihan lain,” ujar Raja Imran.

Pada masa sama, Raja Imran mengakui beliau ingin untuk cuba mewakili skuad Harimau Malaya di pentas antarabangsa walaupun menyedari hakikat ia sangat sukar buat dirinya.

Sebagai seorang pemain bola sepak profesional, tindakan Raja Imran ini jelas merupakan sesuatu yang wajar dipuji kerana beliau mempunyai visi cukup baik dengan memikirkan masa depan jika tidak lagi beraksi di atas padang.

Malah, ia juga merupakan bentuk pesanan kepada pemain muda supaya tidak terlalu terburu-buru mengejar karier pada usia masih muda sehingga sanggup mengabaikan pelajaran yang sangat penting buat mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN