Komitmen Tinggi Pemain Sri Pahang Jadikan Fandi Ahmad Lebih Gembira

Pengendali utama Sri Pahang iaitu Fandi Ahmad kini menjadi antara jurulatih paling sibuk mempersiapkan barisan pemainnya sejak awal menerusi latihan pramusim untuk menjadikan kelabnya tampil lebih bersedia.

Tampil dengan beberapa muka baharu menyertai pasukan berkenaan, jelas Fandi ingin memastikan skuaf Tok Gajah hadir dengan rekod lebih bagus berbanding musim lalu.

Menyedari beberapa kelemahan pada tahun lalu, Sri Pahang tidak mengambil masa yang lama untuk menandatangani khidmat pemain baharu untuk memperkukuhkannya kembali.

Sepanjang sesi latihan berlangsung, pengendali dari Singapura itu jelas berpuas hati dengan komitmen tinggi diberikan oleh para pemain untuk memudahkan persiapan beliau.

Setelah dua minggu mengharungi sesi latihan bersama, Fandi turut akui para pemain Sri Pahang tampil bersemangat untuk memberikan segalany terbaik.

“Saya mengharapkan semua pemain dapat mempamerkan prestasi terbaik bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025.

“Harapan, pencapaian lebih baik dapat dipersembahkan berbanding musim lalu,” kata Fandi menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Pada masa sama, Fandi turut menyatakan sesi latihan pasukan bakal diadakan pada waktu petang sepanjang bulan Ramadan ini buat para pemain pasukan tersebut.

“Fokus utama pasukan bukan sahaja kecergasan tetapi membentuk persefahaman,” katanya akhir sekali mengenai persiapan pasukan tersebut.

Untuk persiapan musim ini menyaksikan Sri Pahang sudah pun menandatangani dua pemain import baharu iaitu penyerang berbisa dari Ukraine, Mykola Ahapov selaku penggempur utama.

Selain itu, Tok Gajah juga turut menandatangani pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) secara pinjaman dari Argentina iaitu Manuel Hidalgo.

Beberapa muka baharu turut kelihatan dalam kalangan pemain tempatan dan dianggap mampu untuk menambah kekuatan Sri Pahang bagi mengharungi saingan musim akan datang.

Adam Nor Azlin, Azfar Arif dan beberapa lagi pemain tempatan termasuk Sergio Aguero yang dikekalkan dianggap mampu untuk memberi pengaruh positif buat Sri Pahang.

Musim lalu menyaksikan Tok Gajah menamatkan musim 2023 di tangga kelima Liga Super, dan pastinya rekod tersebut ingin diatasi Fandi untuk menjadikan Sri Pahang sebagai sebuah pasukan digeruni dalam Malaysia.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN