Ini Sebab Pengendali Indonesia Bimbang Untuk Aksi Bertemu Perancis

Jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong akui dirinya ketika ini agak bimbang untuk aksi skuad kendaliannya iaitu Indonesia bawah 20 (B-20) ketika berdepan Perancis nanti.

Skuad pembangunan Indonesia itu bakal menghadapi saingan Costa Calida Region de Murcia Football Week yang bakal berlangsung di Murcia, Sepanyol pada 17 November ini menerusi beberapa siri perlawanan.

Walaubagaimana pun, pengendali dari Korea Selatan itu jelas melahirkan rasa bimbang mengenai keadaan semasa para pemain kendaliannya.

Umum diketahui, skuad Indonesia mempunyai tempoh masa yang singkat sahaja untuk menjalani masa pemulihan selepas menjalani kem latihan pusat di Turki.

Selain itu, tempoh perjalanan mereka dari Turki ke Sepanyol juga menjadi salah satu kebimbangan yang disuarakan oleh Tae-yong, apabila jurulatih itu menganggap ia turut memberi rasa letih dan membuatkan tenaga pemain berkurangan.

Tae-yong mengaku ketika ini beliau sukar untuk membayangkan keadaan pemain untuk aksi sebenar mereka menentang Perancis nanti.

“Untuk perlawanan kami menghadapi Perancis, ianya sesuatu yang baik kerana kami akan menghadapi salah satu lawan berkelas dunia.

“Tetapi kini saya agak pening memikirkan tempoh perjalanan kami untuk bergerak dari Turki ke Sepanyol.

“Ianya merupakan perjalanan yang sangat panjang dan jauh, jadi sudah tentu saya khuatir dengan keadaan pemain jika masih sama atau mengalami perubahan,” jelas pengendali tersebut menerusi Bola.com.

Sebelum itu, skuad Indonesia B-20 telah pun menutup hari-hari terakhir latihan mereka di Turki dengan siri perlawanan menentang Al-Adalah FC.

Pada perlawanan tersebut, Indonesia jelas terpaksa menerima hakikat setelah mengalami kekalahan dengan keputusan penuh 0-2.

Pada masa sama, Tae-yong juga menjelaskan pihak kejurulatihan tidak mempunyai masa yang panjang untuk mempersiapkan barisan pemain untuk kejohanan mereka di Sepanyol.

“Kami mempunyai dua perlawanan yang harus dihadapi iaitu Perancis dan Sepanyol, oleh itu kami akan beri fokus sepenuhnya untuk mempersiapkan para pemain,” tambah Tae-yong.

Bekas jurulatih utama Korea Selatan itu turut menggariskan beberapa siri kelemahan yang masih menghantui skuad kendaliannya sehingga kini.

Antara yang masih ditekankan beliau buat para pemain ialah dari segi ketepatan masa membuat hantaran, serta situasi lebih baik untuk mencipta gerakan serangan balas.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN