Berita kurang baik diterima Ketua Jurulatih Harimau Malaya apabila Shahrel Fikri Md Fauzi terpaksa dilupakan untuk pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) Jun ini.
Penyerang Selangor FC berusia 26 tahun itu disahkan mengalami retak tulang fibula (bahagian betis) ketika beraksi dengan Selangor pada aksi Liga Super menentang Pahang.
Berdasarkan jangkaan awal, kecederaan sedemikian memaksa Shahrel berehat antara enam sehingga lapan minggu. Kecederaan yang berlaku kepada Shahrel Fikri menyebabkan segelintir pihak berpendapat Amri Yahyah wajar diberikan peluang kembali bersama pasukan negara berdasarkan prestasi cemerlang pemain veteran itu bersama Sabah FC pada musim ini.
Bukanlah mahu menafikan rezeki Amri bersama skuad kebangsaan. Berikut adalah antara sebab mengapa Amri masih tidak diperlukan sekurang-kurangnya untuk Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 nanti.
Faktor usia
Sekiranya Tan Cheng Hoe memilih untuk memanggil Amri sebagai pengganti Shahrel, maka penyerang Sabah FC itu akan menjadi pemain paling tua yang akan ke UAE. Pemain kelahiran Tanjung Karang itu kini berusia 40 tahun.
Amri mungkin telah beraksi semua 12 perlawanan bersama Sabah pada musim ini. Beliau juga telah menyumbang empat gol setakat ini. Daripada 12 perlawanan tersebut, beliau digantikan sebanyak tiga kali dan tampil sebagai pemain gantian dalam lima perlawanan.Daripada jumlah 1080 beliau boleh beraksi, Amri hanya berada di dalam padang untuk 804 minit.
https://twitter.com/AfiqShari/status/1390159070514991105
Memanggil Amri mungkin boleh membantu dari segi pilihan pemain di bangku pemain simpanan. Tetapi harus diingat bahawa pusingan ke-2 pusingan kelayakan kali ini akan berlangsung secara karnival. Untuk itu, Tan Cheng Hoe memerlukan pemain yang mampu beraksi 90 minit perlawanan bila-bila masa sahaja yang diperlukan, menentang pasukan antarabangsa yang jauh lebih kompetitif dari saingan di Liga Malaysia.
Posisi Amri
Amiri Yahyah adalah pemain yang versatile. Beliau boleh sahaja diarahkan sebagai penyerang utama mana-mana pasukan. Namun kemampua beliau lebih berkesan apabila beraksi di belakang penyerang utama, baik sebagai pemain sayap kanan, di belakang penyerang utama, atau pun di posisi sayap kiri.
Bersama Sabah FC pada musim in, Amri kerap kali beraksi di posisi sayap kiri atau kanan, atau di belakang penyerang import, Sam Johnson.
3️⃣ game, 4️⃣ gol & 1️⃣ assist. Back-to-back legenda kita score ni! 🔥
Makin lama makin menjadi-jadi performance Amri Yahyah dengan @SabahFCofficial. Padu Wak Am, main macam zaman muda-muda. #LigaSuper2021 #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/Qqz4ArFtt6
— Team Malaysia (@TeamMsia) May 6, 2021
Jika dilihat senarai pemain di bahagian serangan Harimau Malaya pada hari ini yang memiliki pemain seperti Syafiq Ahmad, Norshahrul Idlan Talaha, Luqman Hakim Shamsudin, Safawi Rasid, Mohamaou Sumareh dan Akhyar Rasid, maka Tan Cheng Hoe sudah tidak perlu risaukan posisi ‘penyerang sokongan’.
Satu-satunya pemain No.9 yang boleh beraksi sebagai target man atau lone striker di dalam pasukan buat masa ini adalah Guilherme de Paula. Tetapi seperti dinyatakan tadi, posisi terbaik Amri ialah di belakang penyerang utama.
Beri peluang muka baharu
Ada beberapa nama di dalam skuad Harimau Malaya yang mendapat panggilan menyerlati latihan skuad kebangsaan buat kali pertama pada Mac lalu bagi posisi serangan . Mereka yang dimaksudkan adalah Luqman Hakim, Faizal Halim dan Ramadhan Saifullah. Tang Cheng Hoe turut mengakui seorang lagi pemain sayap muda, Arif Aiman turut berada di dalam radar untuk dipanggil menyertai pasukan dalam masa terdekat.
Luqman kini giat berlatih bersama kelabnya di Belgium, KV Kortrijk dan sememangnya sudah berada di dalam perancangan Cheng Hoe sejak tahun lalu lagi.
Kenali Pemain Harimau Malaya B-19
Luqman Hakim Shamsudin
Penyerang#FAM #HarimauMalaya #AFCU19 pic.twitter.com/5NxD8u310b— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) August 7, 2020
Prestasi Ramadhan dan Arif Aiman turut menyerlah bersama JDT. Manakala Faisal Halim adalah tunjang skuad Nafuzi Zain yang menjadi pasukan atasan di kedudukan Liga Super setakat ini.
Walaupun masih muda, pusingan kelayakan kali ini adalah peluang terbaik untuk ketiga-tiga pemain meraih pengalaman aksi antarabangsa. Jika tidak sekarang, sampai bila kita perlu memerap bakat-bakat baharu kita?
Penutup
Berdasarkan hujah-hujah di atas, maka kami berpendapat khidmat Amri belum lagi diperlukan buat masa ini. Namun tidak salah untuk Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe memanggi beliau atau pemain-pemain senior lain di masa hadapan sekiranya keadaan memerlukan.
Apa pula pendapat anda? Bincangkan di ruangan komen dan platform yang kami sediakan. Kami juga mahu mendengar daripada anda.
Baca artikel mengenai Amri Yahyah melalui pautan:
Peluang Amri Yahya Kotakan ‘Ikrar’ Yang Dibuatnya Pada November 2019
Kurniawan Katakan Aksi Sabah Luar Biasa, Amri Yahyah Juga Ikut Luar Biasa!