Ini Sebab Kenapa 2 Bekas Kapten Manchester United Sokong Rusuhan Di Old Trafford.

Gary Neville Roy Keane Manchester United Kapten

Dua orang bekas kapten Manchester United, Gary Neville dan Roy Keane senada dalam memberi sokongan terhadap penyokong yang melakukan bantahan besar-besaran sehingga berlaku rusuhan di Old Trafford tempoh hari sebagai tanda protes terhadap pemilik kelab.

Bagi Neville, beliau berharap protes seperti itu akan menyatukan semua peminat bola sepak di seluruh dunia untuk terus memberi tekanan kepada pemilik-pemilik kelab yang tidak mendengar suara hati penyokong mereka sendiri.

“Ini adalah akibat daripada tindakan pemilik United [menyertai ESL] dua minggu lalu,” ujar Neville kepada Sky Sports.

“Ia adalah isyarat jelas ketidakpercayaan dan kebencian umum terhadap pemik kelab. Mereka bukannya baru protes dua atau tiga minggu lalu.

“Terdapat rasa tidak puas hati yang sangat besar. Pada dasarnya mereka mengatakan sudah, cukup cukup sudah, cukup sampai di sini sahaja. Keluarga Glazer telah berdegil dan sombong selama bertahun-tahun.”

Keadaan stadium yang semakin teruk

“Saya rasa mereka [pemilik kelab] bergelut untuk memenuhi tuntutan kewangan yang diperlukan oleh kelab selama ini. Jika kamu masih ingat, bagaimana kelab ini semasa mereka ambil alih pada 2004.

“Mereka ada stadium terbaik di negara ini, mungkin salah satu yang terbaik di Eropah. Pusat latihan terbaik di negara ini, mungkin salah satu yang terbaik di Eropah. Pasukan ini kerap mara ke peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) setiap musim.

“Tapi kamu tengok kelab ini sekarang. Stadium ini, jika kamu lihat di balik tabir, banyak sudah bahagian yang sudah berkarat dan berbau. Pusat latihan di sini bukan lagi antara lima yang terbaik di negara ini.

“Mereka gagal mara ke peringkat separuh akhir UCL untuk 10 tahun dan sudah lapan tahun tak menang liga. Hartanah di sekeliling stadium tidak dibangunkan, tidak aktif dan terbengkalai, sedangkan kelab-kelab lain dilihat semakin pesat membangunkan pelbagai fasiliti dan kemudahan untuk penyokong mereka.

“Keluarga Glazer ini bergelut untuk memenuhi keperluan kewangan kelab dan penyokong merasakan masa mereka sudah tamat. Mereka akan mendapat untung jika mereka menjual kelab ini.

“Sekiranya mereka sedia untuk menjual kelab ini, saya rasa sekarang ini waktu yang paling tepat dan terhormat untuk dilakukan.”

Dasar 50+1

Neville berharap semua penyokong akan bersatu untuk membawa perubahan dalam bola sepak Inggeris, termasuk memperjuangkan undang-undang baharu yang meletakkan penyokong sebagai sebahagian dari pemilik pasukan.

Penyokong Manchester United mendesak dasar 50+1 diterapkan. Selain meletakkan pelaburan berbentuk wang ringgit dalam membiayai kos operasi sesebuah pasukan, penajaan oleh syarikat merupakan satu strategi untuk memiliki sesebuah pasukan.

Dasar ini akan mengurangkan kuasa pemilikan syarikat sekaligus mampu melindungi pasukan, selain mengelakkan kelab disalahgunakan untuk kepentingan individu tertentu dan membelakangkan kepentingan di dalam kelab.

Baginya tragedi penyertaan ESL tempoh hari adalah bukti jika perubahan besar tidak dilakukan ianya hanya membazir masa sahaja.

“Mungkin saya ini naif, tetapi Manchester United dan Liverpool sepatutnya bertindak sebagai ‘datuk’ dalam bola sepak Inggeris dengan menunjukkan belas ehsan dan menurunkan kekayaan kepada ahli keluarga mereka dengan bersikap adil.

“Tetapi pemilik kelab pada hari ini mereka menunjukkan sikap tamak dan membolot semua keuntungan hanya untuk diri mereka sahaja dan meninggalkan ahli keluarga di bawah terkapai-kapai. Itu apa yang mereka sedang buat sekarang ini. Permohonan maaf sahaja tidak cukup.

Hanya permulaan

Bagi Keane pula, beliau melihat kecintaan penyokong di Old Trafford semakin terhakis sejak kelab itu diambil alih oleh Glazer. Beliau hanya sempat berada di bawah pemilikan baharu itu dalam tempoh singkat sementara Neville pula terus bermain sehingga 2011.

“Hubungan kelab dan penyokong semakin tegang, baik mengenai hal penjualan tiket, komunikasi yang teruk, hal-hal yang berlaku di sebalik tabir, penyokong melihat kepimpinan kelab tidak memuaskan,” ujar Keane yang menjadi kapten United selama 12 tahun.

“Apabila melihat pemilik kelab, penyokong hanya nampak mereka hanya fikirkan keuntungan semata-mata. Penyokong United melihat ciri-ciri itu pada Glazer dan menganggap sudah cukup.

“Mereka buat semua ini disebabkan rasa cinta kepada kelab. Mungkin sebahagian orang tidak bersetuju dengan mereka, tetapi ada masanya kamu perlukan lakukan sesuatu supaya sesuatu pihak mengambil perhatian terhadap perkara ini.

“Penyokong ketika ini betul-betul serius dan ini cumalah satu permulaan oleh penyokong United, saya berani jamin.”

Adakah anda bersetuju dengan pendapat dua orang kapten Manchester United ini?

Kredit Foto: Getty Images

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Manchester United

Kronologi Penuh Insiden Rusuhan Penyokong Man Utd Sehingga Membatalkan Derbi Barat Laut

Pecahan Pegangan Saham Man Utd & Makna Di Sebalik Dasar 50+1 Yang Dituntut Penyokong

‘Sila Berambus’ – Perletakan Jawatan Ed Woodward Disambut Meriah Penyokong Manchester United

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN