Ini Rutin Mohamed Salah Dan Sadio Mane Selepas Solat Jumaat

Mohamed Salah dan Sadio Mane antara 2 pemain beragama Islam yang popular dalam arena bola sepak. Mereka bermain untuk Liverpool. Mereka berdua bergammemiliki latar belakang agama yang sangat baik.

Satu perkongsian di Mesir sebelum ini menceritakan yang Mohamed Salah sentiasa mencari kelapangan untuk balik ke kampungnya dan ‘berkongsi sedikit daripada rezeki’ beliau dengan penduduk kampung.

Pada Hari Raya, Mohamed Salah suka membelikan baju baru kepada kanak-kanak di sekitar kediaman beliau.

Satu perkongsian daripada lama Futtuwa menyatakan 2 pemain ini memang susuk yang regular di masjid di Liverpool sama seperti mereka di dalam pasukan.

Bagi masyarakat beragama Islam di sekitar bandar Liverpool, mereka berdua sangat popular dan kerap meluangkan masa dengan komuniti Islam di situ apabila ada kesempatan.

Antara waktu paling ideal sudah pastilah selepas solat Jumaat. Ini kerana rutin latihan yang sangat padat dan juga seringkali pergi ke tempat lain untuk perlawanan bola sepak.

Setiap kali selepas habis Solat Jumaat, kedua-dua mereka seringkali meluangkan sedikit masa dengan jemaah masjid di sana.

Mereka juga akan melayan karenah kanak-kanak dan peminat mereka tanpa ada sekatan profesional seperti larangan mengambil gambar atau swafoto.

Mohamed Salah dan Sadio Mane sangat terbuka untuk melayani sesiapa sahaja yang datang kepada mereka. Kesempatan yang ada sentiasa digunakan oleh komuniti Islam di situ untuk bergambar dan beramah mesra.

Rutin ini sudah lama mereka berdua lakukan di Liverpool. Jadi, satu kesempatan yang tak mahu dilepaskan oleh sesiapa sahaja untuk bermesra dengan figura awam seperti mereka.

Kelmarin, 2 watak ini menjadi watak penting dalam membantu Liverpool menang 5-0 ke atas Porto di tempat lawan. Sadio Mane melakukan hatrik dan Mohamed Salah menjaringkan gol gol ke-30 beliau musim ini untuk Liverpool.

Pemain ke-13 dalam sejarah kelab menjejak angka itu dalam semusim. Semoga Mohamed Salah dan Sadio Mane terus menjadi ‘duta’ Muslim yang terbaik di mata masyarakat dunia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN