Ini Rumah Beliau, Terry Boleh Datang Ke Chelsea Bila-Bila Masa, Kata Sarri

Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Loading official content
Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília
The Brazilian National Team held its last training session at Mané Garrincha Stadium, in Brasília, where they will face Colombia in the 2026 World Cup Qualifiers.
0 seconds of 1 minute, 27 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:27
01:27
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video CBF di OneFootball

John Terry dilaporkan masih lagi mencari kelab baharu seleps meninggalkan Aston Villa. Kini beliau menjadi ejen bebas.

Kapten terbaik dalam sejarah Chelsea itu juga sah tidak akan menyertai Spartak Moscow atas alasan keluarga.

Kini pertahanan tengah tersebut ditawarkan pakej kepulangan semula ke Stamford Bridge oleh Maurizio Sarri.

Namun bukan sebagai pemain. Sarri mahu menyerap John Terry ke dalam pasukan kejurulatihan beliau.

John Terry dan Maurizio Sarri dikatakan sudah berbincang akan hal itu. Tetapi pemain itu masih meletakkan karier bermain bola sepak sebagai pertimbangan utama ketika ini.

John Terry percaya beliau masih ada sekurang-kurangnya 1 musim lagi dalam fasa akhir karier beliau sebelum mengalihkan transisi karier kepada kejurulatihan.

Maurizio Sarri menghormati keputusan John Terry dan pada masa yang sama, bila-bila masa pemain itu menggantung but sepenuhnya, pintu Stamford Bridge sentiasa terbuka untuk beliau.

“Kali terakhir saya bercakap dengan beliau, dia beritahu saya mahu bermain 1 musim lagi. Namun tak tahu apa keputusan beliau sekarang.”

“Saya bercakap dengan beliau kira-kira seminggu yang lepas. Saya tak pasti situasi buat masa ini. Namun Chelsea adalah rumah beliau, itu yang pasti.”

“Terpulang kepada beliau, jika mahu terus bermain 1 musim lagi, itu hak beliau. Namun jika beliau mahu membantu kami, saya sangat berbesar hati.”

“Di sini adalah rumah John Terry. Saya sangat terbuka untuk beliau kerana sejarah beliau bersama kelab ini. Dia memenangi segalanya dengan pasukan ini. Jadi terpulanglah.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN